Ads 468x60px

Wednesday, 6 November 2013

Shaheizy Sam tak tahu restorannya ditutup



Pelakon popular Shaheizy Sam berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu restoran miliknya yang beroperasi sejak enam bulan lalu ditutup.
Menurut Sam, dia tidak mengetahui situasi sebenar restoran "Best Time Family Café' & Grill" miliknya itu kerana ia diuruskan oleh kakak dan ibu saudaranya sebagai rakan kongsi.
"Sebenarnya terus terang saya tidak mengetahui situasi sebenar restoran tersebut kerana saya tidak menguruskan restoran tersebut tetapi diuruskan oleh ibu saudara dan kakak saya dan saya tidak dapat menjelaskan sama ada ia telah pun ditutup atau pun masih beroperasi buat masa ini," ujar Sam kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Jelas pelakon berusia 33 tahun itu lagi, dia yang sibuk dengan aktiviti lakonan dan nyanyian menyebabkan dia tidak dapat memberi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku terhadap restorannya yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn itu.
Dalam pada itu, Sam gembira dan bersyukur apabila tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem "Sam" pada Anugerah Skrin 2013 yang akan berlangsung pada 29 November ini di Stadium Melawati, Shah Alam.
"Jika ada rezeki saya terima dan jika bukan pun saya tetap bersyukur kerana sudah tercalon dalam kalangan lima terbaik."


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...