Ads 468x60px

Thursday, 7 November 2013

Ayu Ting Ting bakal tuntut cerai lepas bersalin



Ayu Ting Ting bakal tuntut cerai lepas bersalin
Penyanyi dangdut jelita Indonesia, Ayu Ting Ting telah mengejutkan ramai apabila Ayu bakal menuntut cerai daripada suaminya, Henry baskoro Hendarsa (Enji).
Perkara tersebut disahkan oleh ibu pelantun "Alamat Palsu", Umi Kalsum yang telah membuat satu kenyataan mengenai status rumah tangga anaknya itu dengan Enji.
Umi berkata, Ayu sudah mengambil keputusan untuk menuntut cerai daripada suaminya selepas melahirkan anak mereka yang dijangkan pada April 2014.
"Iya, selepas Ayu selamat melahirkan anaknya itu, pasti dia akan memfailkan tuntutan cerai," katanya .
Tambah Umi lagi, anaknya yang kini sedang hamil empat bulan memberitahu tiada lagi alasan untuknya mempertahankan rumah tangganya kerana menganggap anaknya itu selama ini sudah cukup terseksa.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...