Aeril Zafrel nafi pernah bernikah dengan Ummi Nazeera
Pelakon Aeril Zafrel menafikan dakwaan yang mengatakan dia sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera, dan berkata tuduhan tersebut dilemparkan untuk memburukkan lagi dirinya.
"Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut beranggapan buruk terhadap saya," ujar Aeril .
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, secara jujurnya dia dengan Ummi hanya pernah bertegur sapa di laman sosial sahaja dan mereka tidak pernah berjumpa.
Tambah pelakon berusia 25 tahun itu, dia nyata kesal dengan tuduhan yang dilemparkan kerana ia seperti serangan peribadi, namun dia redha dan menganggap ia sebagai satu ujian daripada Allah S.W.T.
Dalam pada itu, Aeril turut memberitahu bahawa kehidupannya kini lebih gembira disamping isteri dan anaknya. "Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang. Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat."
Tambahnya lagi, dia dan Wawa anak mereka membesar tanpa melibatkan sebarang publisiti.
Sementara itu, Aeril berkata ramai yang memberi sokongan moral kepadanya dan isteri selepas kontroversi perkahwinan mereka tercetus.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami."
Category:
0 comments:
Post a Comment