Ads 468x60px

Tuesday, 13 August 2013

TERLALU MODENKAH? Pemilik restoran nasi kukus mati ditembak – Paka

Mohamad Lutpi Mansor

DUNGUN – Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di sini awal hari ini.

 Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, siasatan awal mendapati, terdapat dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa.

 “Polis percaya jenayah itu melibatkan lebih daripada seorang suspek dan polis kini menjalankan gerakan memburu suspek bersama Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CCL 5445,” katanya di sini hari ini.

 Menurut Manoharan, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri lelaki itu.

 Beliau menambah, pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan samun kerana Toyota Hilux dan beg duit milik lelaki itu dilapor hilang.

 Bagaimanapun sejumlah wang ditemui di dalam poket baju mangsa dan polis percaya wang itu adalah sebahagian daripada hasil jualan restoran milik lelaki itu untuk dimasukkan ke dalam bank.

 Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...