Ads 468x60px

Tuesday, 13 August 2013

KECOH LAGI, umat Islam tunai solat dalam gereja


solat dalam gereja
11 umat Islam menunaikan solat di dalam satu ruang dalam sebuah gereja di Aberdeen, Scotland. Gambar dari video BBC sumber TMI. Ini sudah jadi cerita biasa bermula di Amerika 5 tahun lepas org Islam sudah berani solat di gereja. Walhal Syaidina Umar menolak solat digereja Jerusalem.

Mereka ini adakah terlalu bodoh untuk tahu atau menunjuk pandai hingga di US ada wanita menjadi imam solat jumaat pun mrk ikuti.

 Ana Ghoib benci liberal agama Ketika kekecohan berlaku di Tanjung Sedili, Johor ekoran penganut Buddha menggunakan surau untuk meditasi, sebuah gereja di Scotland mengajak umat Islam untuk solat di gereja mereka.

 Alasan digunakan adalah surau tempat mereka solat yang terletak berhampiran gereja itu terlalu sendat. Ia berlaku di St John’s Episcopal Church dekat bandar Aberdeen, lapor BBC melalui video mereka.

 Laporan itu menunjukkan 11 penganut Islam masuk ke dalam gereja itu dengan disambut oleh petugas gereja. Mereka kemudiannya menunaikan solat di dalam gereja itu.

 Ia berlaku ketika gereja itu tidak digunakan oleh penganut Kristian.

muslim solat in church aberdeen church
 Foto kredit Huffpost

Paderi Poobalan, St John’s Episcopal Church in Aberdeen dikutuk teruk di Internet sejak 4 bulan lepas lapor Huffpost namun dia akan meneruskan usha ini.

Malah ada yg mengutuk beliau menjemput syaithan Islam kedalam gereja Jesus. Namun justifikasi Paderi Poobalan ialah menyayangi jiran spt sayang diri sendiri.

 Justifikasi sepatutnya org Islam yg dijemput solat di gereja ialah menolaknya dgn cara baik dan pelbagai cara solat lain boleh dilakukan samada solat duduk, solat atas jalan, rumput malah atas kereta unta pun boleh asal bertepatan dgn tindakan Khalifah Amirul Mukminin Umar Al Khattab yg benar fikirannya [siddiq farouk] bila mana ia menolak solat di gereja Jerusalem.

 Suka Ana Ghoib mengingatkan firman Allah bahawa jika tidak kerana mahu mengelak umat Islam ini menjadi kafir memasuki agama lain maka Allah akan menjadikan gereja gereja rumah ibadat org kafir itu dari emas dan perak.

[ Al Quran maksudnya] Mungkin selepas ini jika dikuasakan mereka umat Islam ini masuk gereja penuh emas perak dengan mudah pula mrk menukar agamanya? Itu pengajarannya dalam hal memasuki gereja.

 Nafsu berbuat baik itu biar sesama agama sekalipun mestilah bersandarkan nafsu yg HAK benar. Sama halnya nafsu menolak hukum hudud kononnya dikatakan zalim memang baik dan popular tetapi ia bukan hak spt di amal rasulullah.

Contohnya nabi ‘meguasakan’ hudud tetapi melaksanakannya dgn hati hati serta pertimbangan nafsu kasih sayang serta adil yg hak melalui jiwa yg tenang suci.

 Manakala orang yg mengikut nafsu sendiri terlebih dahulu akan terus menolak hudud kerana mengikut nafsu berbuat baiknya dan mengata ia zalim spt kes Tun Dr Mahathir.

Alangkah baiknya jika Mahathir menguasakan hudud spt nabi kemudian baru melaksanakannya dgn adil berhikmah dan lembut dalam penghakiman bukan terus menolak dan menjadi popular kerana kelihatan baik walhal ia bukan pilihan yg tepat hak dari Allah spt dilaksanakan nabi.

 Alangkah baiknya jika Mahathir yg dipuja berpemikiran jauh kedepan oleh bangsa melayu ini juga memiliki pemikiran ke belakang melangkaui zaman Nabi dan sahabat sendiri dan menjadikannya manusia yg berimbang visinya lalu dia sendiri menjadi ulama bukan mengikut tradisi pemerintah menjadikan ulama institusi dan diri sendiri enggan menjadi Khalifah dan Ulama.

 Ana ghoib tidak berniat menghina atau menyakiti sesiapa…suka menasihat diri. Suka melihat melayu seluruhnya mengembalikan hak Allah kemudian baru berbuat baik dalam lingkungan hak tadi bukan terus mendustakannya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...