Hebat!!!Lima pelajar Malaysia muncul juara pertandingan teknologi makanan di Chicago
WASHINGTON - Sepasukan lima pelajar teknologi makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara pertandingan teknologi makanan antarabangsa di Chicago minggu lepas.
Anggota pasukan itu terdiri daripada Sew Chang Chew (ketua pasukan), Tan Tai Boon, Mohd Asraf Mohd Zainudin, Kuan Chee Hao dan Najla Gooda Sahib meraih wang tunai US$3,000 (RM9,585.60) sebuah trofi berikutan kemenangan produk mereka, EnerTEIN, makanan tambahan bagi menyuburkan badan pesakit HIV yang kehilangan tenaga dan protein, bagi rantau Asia Tenggara.
Ia adalah kemenangan kali kedua kumpulan ini dalam pertandingan anjuran Institute of Food Technologists (IFT), di mana kali pertama dimenangi tahun lepas, kata Sew kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, acara di Chicago mempunyai dua pertandingan, satu untuk calon dari Amerika Utara (Amerika dan Kanada) dan satu lagi bagi calon antarabangsa dengan pertandingan antarabangsa ditandingi tiga pasukan, satu dari Malaysia dan dua dari Indonesia.
Beliau berkata, pertandingan itu yang diadakan pada 15 Julai merupakan sebahagian daripada ekspo dan persidangan makanan, yang membawa tema keseluruhan 'Producing Food Supplement to Help People Living With HIV', yang menggalakkan peserta menyediakan penyelesaian dalam bentuk makanan berkhasiat bagi mereka yang lemah dan sakit kerana tidak mendapat bekalan makanan mencukupi dalam pengambilan makanan harian mereka.

Category:
0 comments:
Post a Comment