Ads 468x60px

Friday, 24 May 2013

UNDANG-UNDANG YANG SANGAT KEJAM




Undang-undang di negara China yang tidak membenarkan satu-satu keluarga mempunyai anak melebihi dari  
 seorang.Ibu-bapa kepada bayi kembar duabelas ini terpaksa memilih seorang dari duabelas orang anaknya untuk hidup.Anak yang lain akan dicampak ke gaung.Orang tua kepada bayi ini,berasa malu kerana mempunyai anak ramai.Mereka meminta maaf pada kerajaan China kerana kecuaian mereka.Tidak di sangka-sangka pada zaman moden masih ada undang-undang seperti ini.Sungguh-sungguh kejam.

Wednesday, 22 May 2013

KAMPUNGKU

 
Sepertimana yang kita tahu,di Malaysia terdapat 14 buah negeri.Dalam setiap negeri pula terbahagi kepada beberapa daerah.Dalam setiap daerah pula,terdapat banyak kampung-kampung kecil.Kampung-kampung itu pula ada berbagai-bagai nama .Kebanyakkan nama-nama kampung itu diambil sempena peristiwa atau kejadian yang berlaku pada masa itu.Nama kampung-kampung kecil kebanyakkannya pelik dan unik. Di sini saya ingin ceritakan tentang sebuah kampung yang terdapat di negeri Pahang dalam daerah Kuala Lipis.Nama kampung itu ialah Kampung Lubuk Kulit.Tetapi nama asalnya ialah Kampung Telang.Nama itu di ambil sempena nama sungai yang terdapat di dalam kampung tersebut iaitu Sungai Telang.Tetapi selepas satu peristiwa yang tidak diduga tiba-tiba berlaku di kampung itu.Maka kampung itu telah di tukar nama dari kampung Telang menjadi kampung Lubuk Kulit sehingga sekarang. Ha.....tentu semua orang ingin tahu bagaimana nama kampung itu di ambil kan?Mengikut cerita orang dahulu-kala,ada satu peristiwa telah berlaku di kampung itu. Mengikut cerita yang aku dengar,kebanyakkan penduduk di kawasan itu menanam padi.Menanam padi adalah pekerjaan utama bagi penduduk di.Selain itu ada juga yang melakukan kerja sambilan seperti mencari rotan di hutan,mencari damar serta ada juga yang berkebun serta bercucuk-tanam.Hidup mereka cukup aman serta damai.Tampa ada sengketa antara satu sama yang lain.Pada ketika itu setiap apa pekerjaan yang dilakukan pasti menjadi.Hasilnya pasti melimpah-ruah tidak terhabis makan.Semuanya tidak perlu dibeli seperti sekarang ini.Semuanya di hasilkan sendiri.Itu termasuklah bahan binaan.Semuanya dihasilkan sendiri.Ha....kreatif kan..orang dahulu.Anda bagaimana???? Seperti yang saya bagitahu tadi,orang dahulu kreatif hinggakan rumah mereka buat sendiri.Tidak perlu ke bandar untuk mencari bahan.Semuanya diambil dari hutan.Dari menebang balak hingga menjadi sebuah rumah semuanya di buat sendiri.Jikalau tidak mampu pun mereka pasti bergotong-royang membinanya.Mungkin juga pada zaman dahulu mereka susah untuk ke bandar.Almaklum sajalah kenderaan tiada.Jalan darat memang tiada ,yang ada hutan belukar sahaja.Jalan perhubungan utama orang dahulu hanyalah jalan air sahaja.Kenderaan mereka pula ialah perahu dan rakit sahaja.Manakala kenderaan seperti kereta atau pun motosikal,belum ada lagi pada ketika itu.Untuk ke bandar yang paling hampir pun memakan masa berhari-hari lamanya.Itulah sebab utama kenapa mereka lebih suka melakukan atau membuatnya sendiri. Pada masa itu,setiap bianaan dindingnya di perbuat daripada kulit kayu.Setelah pokok balak ditebang,mereka mengetuk batang balak itu sehingga kulitnya tertanggal.selepas itu,kulit kayu itu di kopek seterusnya di jemur sehingga kering.Tetapi ,jemur kulit kayu bukan seperti menjemur kain.Ada petua serta caranya.Mereka menghimpit kulit kayu yang ingin di jemur dengan benda berat.Tahu tak apa sebabnya?Ha...supaya kulit kayu tidak bergulung setelah kulit kayu itu kering.Tetapi sebelum itu mereka memotong kulit kayu mengikut ukuran yang di ingini.Setelah kering,kulit itu di buat dinding.Orang kata dinding yang di perbuat dari kulit kayu tahan lasak.Kalau kena tembak dengan peluru tidak tembus.Orang katalah...Aku pun tidak tahu betul atau tidak.Sebabnya,aku tida pernah cuba menembaknya lagi. Berbalik pada cerita yang awal tadi.Seperti yang aku bagitahu,pekerjaan mereka menanam padi.Padi mereka cukup menjadi.Dalam setahun mereka hanya menanamnya sekali sahaja.Tetapi hasilnya boleh tahan hingga setahun.Ingin tahu di mana mereka simpan hasil tuaian padi mereka?Ha...tadi aku ada bagitahu mereka membuat binaan daripada kulit kayu kan.Mereka juga membuat tempat simpan padi menggunakan kulit kayu.Mereka membuat tempat menyimpan padi berbentuk bulat seperti kandang yang di beri nama “KEPOK”.Kepok ini dibuat menggunakan kulit kayu yang telah di keringkan.Mereka mengepik kulit kayu dengan menggunakan buluh lalu di ikat dengan rotan.Dapatkah anda membayangkan bentuknya?Orang dahulu percaya pada roh dan semangat padi.mereka cukup mejaga pantang-larang takut jikalau semangat padi lari ataupan merajuk.Antara pantang-larangnya seperti,tidak boleh membawa perkakas dapur seperti lesong batu, lesong padi,nyiru iaitu alat untuk menampi padi supaya terasing dari padi sambang dengan padi bernas menghampiri tempat penyimpanan padi.Itu pantang-larang yang paling utama yang mesti mereka jaga. Pada suatu hari,mereka mendapat khabar bahawa pengganas komunis iaitu askar jepun hendak menyerang kampung mereka.Ketua di kawasan itu mengarahkan semua penduduk kampung berpindah ke kawasan lain untuk mencari perlindungan serta menyelamatkan diri.Sepertimana yang kita pernah dengar,askar jepun terkenal dengan keganasannya.Semua orang berasa takut.Lebih-lebih lagi perempuan.Mereka akan menangkap sesuka hati serta memperkosanya.Pada masa itu semua anak gadis terpaksa berpura-pura seperti orang tua,jika tidak mereka akan di tangkap lalu di paksa melayan askar jepun.Kerana takut semua gadis kena menjadi tua sebelum usianya. Baru boleh selamat.Dalam keadan cemas serta takutkan askar jepun yang sudah semakin hampir.Apalagi,mereka bergotong-royong memunggah barang-barang serta semua harta benda mereka ke tempat yang lebih selamat.Sudah berhari-hari mereka memunggah barang-barang malah sudah masuk ke minggu.Namun,padi yang mereka punggah masih tidak luak.Tempat simpan padi mereka masih penuh seperti tidak terusik pun.Dalam ketakutan,mereka masih lagi memunggahnya.Bayangkan sudah berhari-hari mereka bergilir memunggah tetapi padi tetap sama.Masih lagi penuh.Dengan badan yang penat serta letih.Amaran askar jepun sudah semakin hampir,apa lagi hati pun terasa panas dan geram kerana kerja masih lagi belum selesai.Akibat terlalu takut,mereka terlupa dengan pantang-larang yang mereka jaga selama ini..Mereka mencampakkan segala peralatan dapur serta alat-alat untuk memproses padi ke dalam KEPOK padi termasuklah lesong batu.Dengan kuasa Allah tiba-tiba.....dan tidak semena-mena,angin serta ribut datang secara tiba-tiba sahaja.Mereka mendengar suara kepok tempat menyimpan padi berkriuk-kriuk bunyinya serta sayu seperti merajuk atau kepanasan.Mereka belum sempat lari jauh lagi ,mereka berpaling ke belakang.Alangkah terkejutnya mereka kerana melihat kepok tempat simpan padi mereka bergolek tampa henti sehingga ke dalam lubuk.Lalu senyap disitu.Barulah mereka sedar,yang mereka telah melukakan hati semangat padi.Maka dari situlah mereka mendapat nama kampung itu.Iaitu kampung LUBOK KULITsempena peristiwa kulit yang masuk ke dalam lubuk .Pada masa dahulu jika berlaku hujan panas,maka kepok iaitu tempat simpan padi itu akan timbul di permukaan air.






Tuesday, 21 May 2013

PANAS BETUL CERITA PASAL ARTIS INI..


.

Kalau awal-awal sudah macam ini, bayangkan jika Eina benar-benar berkahwin dengan Afiq suatu hari nanti, bagaimana? Entah apa keluarganya akan lakukan kepada anak saya," demikian tegas ibu kepada pelakon muda, Eina Azman yang memberitahu tidak akan menjadikan pelakon Afiq Muiz, 21 sebagai menantunya. Amy Roshaida Abdul Rafel, 41 berkata demikian dalam keinginannya untuk memastikan Eina tidak lagi diheret dalam permasalahan pelakon muda itu bersama keluarganya ketika ini. Menegaskan hubungan antara Afiq dan Eina tidak mendapat restunya ke jenjang pelamin, Amy senang untuk mengatakan ‘tidak akan’ berbesan dengan keluarga lelaki itu. “Melihat apa yang terjadi, saya yakin tidak mahu Eina mengahwini Afiq. Bukan apa, lihat sahaja apa yang berlaku ketika ini, saya bimbang sangat untuk melepaskan Eina kepada keluarga Afiq," katanya berterus terang. Kisah dua pelakon muda ini mendapat perhatian media minggu lalu apabila ibu kepada Afiq Muiz, Haslima Mohd, 48, muncul di media dan mendedahkan mengenai sikap ‘durhaka’ anaknya. Selain itu, Afiq juga dikatakan sanggup berhabis untuk teman wanita sendiri gara-gara bertemu cinta dengan Eina Azman. Dalam nada sebak dan terkilan, wanita itu turut mendakwa, anaknya telah terkena ilmu hitam dan sanggup meninggalkan keluarga sendiri gara-gara pengaruh cinta. Tersenyum sinis menjawab dakwaan anaknya cuba mengikis duit Afiq, bagi Amy tuduhan tersebut langsung tidak berasas. Bukan mahu merendah-rendahkan Afiq, soal yang mengatakan anaknya menggunakan ilmu hitam merupakan sesuatu yang berat memandangkan ia bukan sahaja ditujukan kepada anaknya tetapi dirinya juga terpalit. Sudah pasti orang akan mempersoalkan bagaimana dia membesarkan anak daranya itu. “Mustahil anak saya mahu mengikis Afiq. Apa yang Afiq ada sehingga ibunya boleh menuduh anak saya kaki kikis? “Kalau diikutkan kawan-kawan anak saya sebelum ini memang dari golongan berada, tidak pula ada tuduhan begini. Kata-kata itu lahir daripada mereka yang langsung tidak mengenali keluarga kami," katanya. Menegaskan hubungan baik yang terjalin di antara Eina dan Afiq di atas dasar kawan, menurut Amy, sebagai ibu dia mengenali setiap rakan anak-anaknya. “Saya melayan kawan-kawan Eina sama rata. Bukan sahaja Afiq, rakan-rakan Eina yang lain juga mendapat layanan yang sama. “Saya pasti ramai yang melihat keakraban mereka dan membuat spekulasi sebagai sedang bercinta, walhal apa yang berlaku setiap kali kemana-mana kami akan bersama. Malah saya juga sering mengajak Afiq menyertai aktiviti keluarga kami memandangkan dia rakan Eina," katanya. Menguatkan lagi kenyataannya, wanita ini memberitahu dia mengharapkan agar kemelut yang berlaku diselesaikan dengan segera. “Kalau diikutkan, saya turut berkongsi cerita dengan Afiq, selaku ibu dia sering meminta pendapat saya. Jujur saya katakan, kalau boleh saya mahu lihat Afiq kembali diterima ibunya," katanya. Menggunakan kedudukannya sebagai ibu ketika memberi pendapat, bagi Amy mungkin kelakuan ibu Afiq itu ada logiknya. Ini bertitik tolak daripada perasaan takut kehilangan anak menguasai diri seorang ibu sehingga sanggup berbuat apa sahaja. “Saya faham mungkin ibu Afiq takut kehilangan Afiq apabila dia rapat dengan anak saya. Pun, sebagai seorang ibu mungkin dia perlu berfikiran lebih matang di dalam menangani permasalahan ini. Saya sangat kecewakan apabila anak saya juga diheret berada dalam permasalahan ini," katanya





Sunday, 12 May 2013

AJAIBNYA

Ajaibnya penjara Mesir!! Nabi Yusuf masuk penjara keluar darinya menjadi raja agung, Mursi masuk penjara keluar menjadi perdana menteri.. [Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh] p/s: gambar solat maghrib di penjara Turah. (semasa Syeikh Yusuf Qardhawi dipenjarakan bersama pimpinan ikhwan yang lain)

CUBA RESEPI YANG SEDAP NI

Wednesday, 8 May 2013

KEJAMNYA

· SubhanaLLah~~ Ini adalah gambar terkini penyembelihan di perkampungan Sunni El-Baidha di Baniyas yang membunuh lebih 800 penduduk. Angka awalnya dilaporkan seramai 132 kematian, dari kalangan mereka 23 orang wanita dan 20 orang lagi kanak-kanak, antara mangsa mereka seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun jumlah ini sebenarnya dibunuh serentak di padang terbuka beramai-ramai. Jumlah seluruh kematian sebenarnya 800 orang! Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Revolusi Syria, penyembelihan ini bermotifkan sentimen Alawi (Syiah)-Sunni apabila pada hari Khamis lalu, ketumbukan askar rejim bersama-sama talibarut serta penyokong Syiah dalam jumlah yang agak besar telah berkumpul di perkampungan berdekatan dengan Kampung El-Baidha. Mereka mula mengepung Kampung El-Baidha dengan melancarkan serangan motar, roket dan meriam kereta kebal ke atas penduduk. Sejurus kemudian, setelah penduduk lemah dan kucar-kacir lalu mereka mula memasuki kampung dan menyembelih penduduk dengan pisau serta menembak penduduk dengan pemantauan ketumbukan askar bersenjata mereka dari kalangan Alawi (Syiah) yang menyaksikan korban meningkat ratusan orang. Para aktivis pula menyiarkan rakaman mangsa-mangsa bunuh yang dibakar hangus, jasad tanpa kepala serta tanda-tanda kelar di leher yang disembelih

Sunday, 5 May 2013

RAHSIA...

RAHSIA DISEBALIK SERBAN BESAR SULTAN EMPAYAR ISLAM UTHMANIYAH ] SERBAN BESAR yang dipakai oleh Sultan Islam Uthmaniyah bukan sahaja sekadar untuk menutup kepala, atau mahkota SAHAJA , tetapi juga sebagai kain KAFAN baginda sendiri . Menjadi syarat kesultanan : yaitu seseorang yang yang menjadi sultan , dia mestilah menjadi seorang mujahidin di medan perang. Disamping itu juga , dengan memakai serban yang merupakan kain kafannya , menjadikan baginda Sultan sentiasa mengingat akan kematian . Salah seorang dari mereka , Sultan Murad , yang syahid ketika berperang menentang Rom , baginda dikafankan dengan kain serban yang dipakainya.

PELIK 2


                                                                Siapa tiru siapa ni?

Thursday, 2 May 2013

Disembelih ditembak dan dibakar hidup hidup – Perang Syria

Pembunuhan menyayat hati oleh rejim Assad di Syria semalam mengorbankan lebih 500 rakyat Syria. Bukti kekejaman terbentang satu demi satu. Mohon pihak berkuasa negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Ya Allah, selamatkanlah rakyat Syria, Amin. Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku. Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak. Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup. Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu. Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini. Halaman “Berita Syam” melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan. Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah “Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib”. Berita Dari Syria..ANGKA KEMATIAN SEMAKIN BERTAMBAH DI SYRIA!!! Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak. Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.   syria

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...