Ads 468x60px

Thursday, 2 May 2013

Disembelih ditembak dan dibakar hidup hidup – Perang Syria

Pembunuhan menyayat hati oleh rejim Assad di Syria semalam mengorbankan lebih 500 rakyat Syria. Bukti kekejaman terbentang satu demi satu. Mohon pihak berkuasa negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Ya Allah, selamatkanlah rakyat Syria, Amin. Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku. Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak. Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup. Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu. Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini. Halaman “Berita Syam” melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan. Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah “Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib”. Berita Dari Syria..ANGKA KEMATIAN SEMAKIN BERTAMBAH DI SYRIA!!! Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak. Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.   syria

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...