KEJAMNYA
·
SubhanaLLah~~
Ini adalah gambar terkini penyembelihan di perkampungan Sunni El-Baidha di Baniyas yang membunuh lebih 800 penduduk.
Angka awalnya dilaporkan seramai 132 kematian, dari kalangan mereka 23 orang wanita dan 20 orang lagi kanak-kanak, antara mangsa mereka seawal usia 3 tahun.
Bagaimanapun jumlah ini sebenarnya dibunuh serentak di padang terbuka beramai-ramai. Jumlah seluruh kematian sebenarnya 800 orang!
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Revolusi Syria, penyembelihan ini bermotifkan sentimen Alawi (Syiah)-Sunni apabila pada hari Khamis lalu, ketumbukan askar rejim bersama-sama talibarut serta penyokong Syiah dalam jumlah yang agak besar telah berkumpul di perkampungan berdekatan dengan Kampung El-Baidha.
Mereka mula mengepung Kampung El-Baidha dengan melancarkan serangan motar, roket dan meriam kereta kebal ke atas penduduk.
Sejurus kemudian, setelah penduduk lemah dan kucar-kacir lalu mereka mula memasuki kampung dan menyembelih penduduk dengan pisau serta menembak penduduk dengan pemantauan ketumbukan askar bersenjata mereka dari kalangan Alawi (Syiah) yang menyaksikan korban meningkat ratusan orang.
Para aktivis pula menyiarkan rakaman mangsa-mangsa bunuh yang dibakar hangus, jasad tanpa kepala serta tanda-tanda kelar di leher yang disembelih
Category:
0 comments:
Post a Comment