Ads 468x60px

Saturday 21 December 2013

Skuad Harimau Muda A pulang dengan tangan kosong


NAY PYI TAW - Skuad Harimau Muda A pulang dengan tangan kosong apabila gagal merebut pingat gangsa di temasya Sukan SEA ke-27 selepas mengalami kekalahan 1-2 kepada Singapura pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Zayar Thiri petang ini.
Corak permainan skuad negara pada babak pertama hambar yang membuka beberapa ruang kepada Singapura melakukan beberapa serangan bagi menembusi benteng pertahanan negara yang dikawal oleh Mohd Zubir Mohd Azmi dan K.Reuben.
Kecelaruan di barisan pertahanan negara membuka ruang kepada kapten pasukan Singapura Hariss Harun menjaringan gol pertama pada minit ke-14 sebelum beliau menggandakan jaringan seminit kemudian.
Peluang keemasan Malaysia menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-33 gagal dimanafatkan oleh penyerang negara, A. Thamil Arasu apabila sepakan penalti yang dilakukanya dinafikan oleh penjaga gawang Singapura, Muhammad Izwan Mahbud.
Bersambung pada babak kedua perlawanan Malaysia yang tertekan dengan kedudukan 2-0 memperkemaskan jentera serangan dengan menggandakan serangan bagi menembusi pertahanan Singapura, namun gagal menjaringan gol.
Gawang gol Malaysia sekali lagi diuji apabila Muhammad Hafis Abu Sijad melakukan rembatan padu pada minit ke-62 namun penjaga gawang negara Mohd Izham Tarmizi Roslan bertindak pantas menyelamatkan maruah negara.
Kesilapan pada benteng pertahanan Singapura membuka peluang kepada penyerang berbisa negara, A. Thamil Arasu membuat rembatan kencang menjaringkan gol pertama negara pada minit ke-68.
Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia tewas kepada Singapura 1-2.
Sementara itu jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau dan pasukan kecewa dan sedih dengan kegagalan mereka untuk membawa pulang pingat gangsa untuk negara.
"Sudah pasti kegagalan hari ini bukan hanya menghampakan harapan saya dan juga pemain tetapi turut sama rakyat Malaysia. Namun barisan pemain kita telah bermain dengan bersungguh-sungguh malam ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sidang akhbar hari ini.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...