Ads 468x60px

Monday 30 September 2013

Didie Alias terkilan ditipu rakan karib


Didie Alias terkilan ditipu rakan karib
Pelakon dan pengacara popular, Didie Alies mengakui kecewa dan terkilan ditipu rakan karib sendiri dan gara-gara pengalamannya itu membuatkan dia lebih berwaspada dalam menerima sebarang tawaran.

"Pengalaman tahun lepas memang membuat saya lebih berhati-hati dan saya benar-benar kecewa. Ini kerana pemilik syarikat tersebut merupakan rakan yang telah dikenali sejak 15 tahun lalu," ujarnya .

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali yang terpilih sebagai selebriti pertama dan menjadi pilihan syarikat pelancongan Amar Travel & Tours berkata ketika menerima tawaran ini dia ada memeriksa latar belakang syarikat ini juga.

"Sejujurnya sebelum terima tawaran Amar Travel & Tours ini, saya telah memeriksa latar belakang syarikat itu dan terbukti mereka telah lama dalam bidang pelancongan dan lesen."

Dalam perkembangan lain, pelakon yang terkenal dengan jolokan nama Gaga Malaysia ini dalam perancangan untuk membuka perniagaan jenama fesyen sendiri.

"Saya akan memulakan fesyen dengan jenama sendiri dan berkolaborasi bersama beberapa pereka fesyen yang dikenali. Antara produk yang akan dijual ialah seperti aksesori, kemeja-T dan kemeja edisi terhad," akhirinya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...