Raja Azmi sah jadi isteri Eddie
Pengarah dan penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman melalui detik terindah dalam hidupnya semalam apabila sah menjadi isteri kepada gitaris kumpulan rock 1990-an CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz.
Pasangan mempelai itu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan, Mejar (B) Ismail Wan Ahmad pada kira-kira pukul 9.20 malam kelmarin dimana Raja Azmi berwalikan abang kandungnya, Raja Azman Raja Sulaiman dan disaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman serta menantu, Mohammad Shadan Hashim.
Dalam majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya semalam, Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada rombongan pihak Eddie, 45, bersama satu dulang hantaran yang mengandungi senakhah Al Quran, mas kahwin serta gelang tangan emas putih.
Sementara itu, pihak perempuan pula membalas tiga dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, biskut dan jeli. Namun begitu, wang hantaran pasangan itu dirahsiakan.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai lalu dan cinta mereka berputik selepas berkenalan pada awal tahun ini.
Sebelum ini Raja Azmi pernah berkahwin bersama bekas pemain badminton, Jailani Sidek dan bercerai talak satu pada 27 Jun 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24 dan Megat Deli, 19.
Manakala Eddie pula telah menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. Eddie telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Daniel, 21, dan Mohd Effy, 19.
Category:
0 comments:
Post a Comment