Ads 468x60px

Monday, 14 October 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal akui nikah dua kali


 Aeril Zafrel & Wawa Zainal akui nikah dua kali

Aktres jelita Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengakui terpaksa merahsiakan pernikahannya dengan aktor Aeril Zafrel daripada pengetahuan ramai kerana bimbang dimarahi dengan syarikat pengurusannya, Metrowealth (MIG) serta Mejar (K) David Teo memandangkan dia masih lagi terikat kontrak sehingga tahun 2015.
"Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya berbuat begini kerana menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo," ujar Wawa seperti dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan.
Kenyataan tersebut diberikan dalam satu sidang media yang berlangsung baru-baru ini bagi menjelaskan isu mereka sudah bernikah.
Dalam majlis tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari dan Wawa mengakui bahawa mereka telah bernikah dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013.
Kata Aeril, "Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami telah bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa yang sama, Wawa meminta izin agar tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
"Namun selepas Wawa memberitahu saya yang dia hamil pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 dan pada waktu kami mengikut undang-undang negara. Kami mengikuti kursus kahwin dan mendaftarkan perkahwinan tersebut. Kami nikah kali kedua kerana saya mahu anak yang dilahirkan berbinkan nama saya, bukannya Abdullah."
Hasil perkahwinan itu, Aeril, 25, dan Wawa, 22, telah menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Pernikahan pertama pasangan ini telah diadakan di rumah keluarga pengurus Aeril yang terletak di Taman Datuk Harun dan turut dihadiri oleh bapa Wawa serta imam yang dibawa dari Sabah.
Manakala pernikahan kali kedua dilakukan di Masjid Jumuriah Taman Datuk Harun dan telah dinikahkan oleh imam masjid tersebut.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...