Selebriti bergelar ibu terbaik di Hollywood
Selebriti bergelar ibu terbaik di Hollywood 28 Sep - Ia semestinya cukup sukar menjadi seorang selebriti, tetapi menjadi seorang ibu selebriti membuat segala-galanya lebih sukar, terutama apabila perlu membesarkan anak-anak dengan perhatian yang secukupnya.
Oleh itu, kali ini kami ingin menyenaraikan beberapa selebriti bergelar terkemuka yang telah membuktikan bahawa dengan sedikit kerja keras dan dedikasi, ia adalah mungkin untuk membesarkan anak-anak dengan perhatian yang baik walaupun dalam dunia glamor Hollywood.
Nicole Richie
Nicole Richie bermula sebagai sahabat baik Paris Hilton tetapi kini dia bergelar ibu kepada seorang anak perempuan, Harlow dan seorang anak lelaki, Sparrow. Dia bertunang dengan Joel Madden vokalis band Good Charlotte dan pernah mengatakan bahawa dia menghargai pendapat anak-anaknya.
Victoria Beckham
Victoria Beckham merupakan yang teratas dalam senarai selebriti yang bergelar ibu kerana dedikasinya untuk menjadi seorang ibu kepada empat anak walaupun berkerjaya. Hasil perkongsian hidup bersama bintang bola sepak David Beckham, pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Brooklyn Joseph, Romeo James ,Cruz David dan Harper Steven. Selain itu, dia juga seorang ibu yang bekerja yang sentiasa ada untuk anak-anak dan dalam pada masa yang sama mengekalkan perkahwinan bahagia dan menjalankan empayar fesyen.
Katie Holmes
Katie Holmes menikmati hari-hari dengan anak perempuannya, Suri Cruise, hasil perkongsian hidup bersama pelakon Tom Cruise. Pasangan itu kini bercerai tetapi Katie telah memastikan bahawa Suri akan hidup dalam kehidupan normal. Si comel Suri sering bergambar bersama ibunya dan menjadi perhatian semua jurufoto.
Michelle Williams
Michelle Williams mempunyai kehidupan yang sangat peribadi dengan anak perempuan bersama mendiang Heath Ledger. Dia berazam untuk membuat yang terbaik untuk anaknya dan cuba untuk elakkan perhatian dari dunia selebriti supaya anaknya boleh menjalani kehidupan yang normal. Selain itu, Michelle turut melawat ibu bapa Heath secara kerap untuk memastikan keluarga serapat yang mungkin walaupun Heath sudah tiada.
Jessica Alba
Hasil perkongsian hidup Jessica Alba dan suaminya, Cash Warren, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan yang comel. Setelah bergelar, Alba banyak menghabiskan masanya di taman dengan anak-anak dan menikmati keindahan menjadi seorang ibu. Selain itu, dia akan memastikan keluarga adalah yang pertama dalam hidupnya.
Kourtney Kardashian
Kourtney Kardashian adalah anak sulung daripada keluarga Kardashian dan juga terkenal kerana menjadi selebriti bergelar ibu yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia dan Scott Disick dikurniakan seorang anak lelaki, Mason Dash Disick, dan seorang anak perempuan, Penelope Scotland. Tabiatnya yang gemar berpesta berubah selepas kelahiran anak pertama dan berkata, dia menghargai masa yang berkualiti dengan anak-anaknya.
Jennifer Garner
Jennifer Garner adalah seorang pelakon terkenal, seorang isteri yang sangat mencintai suaminya, Ben Affleck dan seorang ibu yang menakjubkan kepada anak-anaknya. Berkahwin sejak tahun 2005, pasangan itu telah dikurniakan tiga orang puteri. Garner telah dinobatkan sebagai selebriti bergelar ibu yang ideal oleh beberapa laman sesawang. Hmm... Menarik!
Denise Richards
Sejak bergelar ibu, Denise telah melalui banyak transformasi. Beliau tersenarai di atas sebagai selebriti bergelar ibu terbaik kerana usahanya dalam membesarkan anak-anaknya Sam dan Lola, hasil perkongsian hidup bersama Charlie Sheen. Selain itu, dia juga mengambil Eloise sebagai anak angkat. Yang menakjubkan sekali, dia sanggup menjaga si kembar, Max dan Bob, anak Sheen hasil perkahwinan yang sebelumnya.
Category:
0 comments:
Post a Comment