Ads 468x60px

Sunday, 8 September 2013

Awan mammatus !



Awan ini dianggap sebagai petanda bahawa badai akan berlaku seperti angin Tornado. Oleh itu, semua pesawat penerbangan tidak akan boleh membuat sebarang penerbangan. Ia sering trjadi di Amerika Syarikat.

 Jenis Awan Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat. Ok lah, sekarang kita study bagaimana terbentuknya awan ya: Pembentukan Dan Jenis-Jenis Awan Troposfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut.

Terdapat dua kumpulan besar awan: Kumulus ( Cumiliform ) Berlapis-lapis ( Stratiform ) Kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera mempengaruhi saiz, bentuk dan warna. Terdapat tiga peringkat atmosfera yang dibahagikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu. Manakala awan pula diklasifikasikan kepada 10 jenis yang tergolong ke dalam peringkat-peringkat tertentu:

 Stratokumulus dan Stratus :
Awan Peringkat rendah Altokumulus :
Awan Peringkat pertengahan Sirus,

Sirokumulus dan Sirostratus :
Awan Peringkat tinggi
Awan-awan berkecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:

 Altostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi.

Nimbostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi dan rendah.

Kumulus dan Kumulosnimbus : Awan Peringkat rendah tetapi boleh mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi. Pautan berikut akan menjelaskan lagi jenis-jenis awan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...