Ads 468x60px

Tuesday 6 August 2013

Aidil Zafuan enggan ulas isu cerai SMS


Aidil Zafuan enggan ulas isu cerai SMS

6 Ogos – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak enggan mengulas lanjut tentang isu lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap isterinya, aktres Rita Rudaini.

Dipetik daripada laporan Utusan Online, tindakan Aidil untuk berdiam diri adalah bagi menghormati Ramadan dan juga Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Saya tidak akan 'ya' atau 'tidak' sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti.

"Lagi pun dia (Rita) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika diselesaikan di mahkamah nanti," ujar pemain bola sepak berusia 26 tahun ini.

 BACA: 
Aidil Zafuan cerai Rita Rudaini melalui SMS 
Rita Rudaini: 'Nafkah yang diberi Aidil tak cukup' 
Rita Rudaini tidak kisah kekasih lebih muda 
Rita Rudaini mahu Aidil Zafuan jelas punca cerai 
Adakah Rita Rudaini ditaja seorang Datuk S?
 Rita Rudaini dituntut bayar RM100,000 

Aidil dilaporkan telah melafazkan cerai talak satu terhadap Rita, 36, melalui SMS pada Ahad berikutan berita kemesraannya dengan seorang wanita bernama Zarema Zainal disiarkan di sebuah akhbar sebelum ini.

Pasangan ini telah bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...