Ads 468x60px

Sunday 14 July 2013

Alkohol Punca Sebenar Kematian Jiah Khan




Lebih sebulan sejak kematian pelakon Bollywood Jiah Khan dilaporkan, sumber memberitahu bahawa keputusan laporan forensik menunjukkan ada peratusan kandungan alkohol ditemui dalam darah si mati. Times of India melaporkan bahawa MK Malve, Pengarah Makmal Forensik Kalina telah pun menghantar laporan kepada pihak polis tetapi enggan memaklumkan butiran tentang isi kandungan laporan tersebut. Namun menurut sumber, ada kemungkinan Jiah dalam keadaan mabuk ketika membuat keputusan untuk membunuh diri. Pelakon "Ghajini" tersebut dipercayai telah menggantung diri di pangsapurinya di Juhu pada Jun lalu. Sekalipun ramai yang berpendapat bahawa dia mengalami kemurungan kerana kerjaya seninya yang gagal, pihak keluarga dan rakan terdekat percaya bahawa kematiannya ada kaitan dengan teman lelakinya, Suraj Pancholi. Sebelum kematiannya, Jiah meninggalkan nota sepanjang enam muka surat dan mengakui dia telah diganggu, diseksa dan diperkosa. Namun tiada sebarang penjelasan tentang pelakunya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...