Agensi Lee Hyo-Li Tarik Pengumuman Kahwin
.
Selepas mengesahkan berita rancangan perkahwinan ikon seksi Lee Hyo-ri dengan kekasihnya, pemuzik Lee Sang-soon, agensi naungan Hyo-ri baru-baru ini menarik balik kenyataan mereka dan mengatakan yang mereka tidak pernah tahu tentang berita tersebut. Menurut laman sesawang Allkpop, penarikan semula kenyataan tersebut mengelirukan ramai pihak apabila pihak agensi yang sebelum ini mengakui perkahwinan tersebut berkata, "Hyo-ri dan Sang-soon tak pernah buat kad jemputan perkahwinan dan tiada perancangan kahwin telah dibuat." Malah, Ketua Pegawai Eksekutif agensi naungannya berserta para pengurus pelantun suara "Bad Girl" itu turut mematikan telefon mereka, enggan menjelaskan apa yang telah berlaku. Sebelum ini, desas-desus tentang perkahwinan Lee Hyo-ri, 34 dan anggota Verandah Project berusia 39 tahun tersebut diakui oleh pihak pengurusan mereka, malah wakil Hyo-ri memberitahu, "Lee Hyo-ri dan Lee Sang-soon sudah mengesahkan bahawa mereka telah membuat kad undangan perkahwinan. Butiran terperinci masih belum disahkan jadi kami tidak boleh beri sebarang komen tentang hal tersebut." Malah majlis perkahwinan mereka juga dikatakan bakal diadakan pada September ini.

Category:
0 comments:
Post a Comment