Ads 468x60px

Tuesday 25 June 2013

Zubir Dakwa Ibu Diana Danielle Sahkan Anaknya Sudah Bersalin

zubir berita harian

Zubir daripada Berita Harian seringkali mempunyai cerita-cerita sensasi yang dikongsikan menerusi ruangannya setiap hari Ahad. Ada yang benar, namun tak kurang juga yang kurang tepat. Ahad lalu, Zubir mendakwa yang ibu Diana Danielle telah mengesahkan anaknya sudah pun bersalin. Menerusi tulisan ringkas selepas artikelnya, Zubir mendakwa yang khabarnya ibu Diana Danielle telah mengesahkan kepada teman baiknya yang merupakan seorang VIP, bahawa anaknya, Diana Danielle sudah pun bersalin. Sebelum ini Farid Kamil mengumumkan yang Diana Danielle dijangka bersalin pada 15 Julai ini. Pada pendapat Abang Nara, Diana Danielle sekurang-kurangnya perlu tampil menerusi akaun sosial medianya untuk menafikan dakwaan sebegini sekiranya ia adalah tidak benar. Tunjukkan sahaja gambar perut anda yang sedang sarat mengandung untuk memuaskan hati semua pihak. Baru terdiam orang-orang yang membawa cerita sebegini. Tak gitu? Gambar ehsan RotiKaya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...