KEMBALI Bangkit Selepas Alat Sulit Di Potong Dan Meniduri 70 Wanita
Virginia-Masihkah anda ingat mengenai kisahJhon Wayne Bobbit?Lelaki yang bernasib malang apabila isterinya ketika itu,Lorena Bobbittelah memotong kemaluannya itu. Kisah itu menjadi tajuk utama dunia.Nama Bobbit tiba-tiba menjadi tekenal.Ia berlaku selepas Lorena mendawa Bobbit telah merogolnya dan selepas itu mengalami penganiayaan fizikal dan mental,dan bertindak nekad memotong kemaluan suaminya dengan pisau. Itu kisah 20 tahun lalu,namunia tetap menjadi igauan ngeri pada Bobbit yang merupakan bekas tentera laut Amerika Syarikat. "Orang ramai melihat kejadian itu sebagai gurauan,tetapi tidak bagi saya,kerana saya hampir mati akibat kehilangan banyak darah. Saya tidak sedar,dan apabila terjaga jururawat sedang menyiapan saya untuk pembedahan menyambung semula alat sulit berkenaan. Selepas 3minggu pembedahanitu,ketika jururawat menukar balutan,saya mula terasa sesuatu dan tahu ia masih berfungsi. Menurut Bobbit,doktor telah memberitahunya bahawa dia tidak mungkin dapat melakukan hubungan sex lagi,memandangkan kecederaan yang dialaminya sangat serius. Namun saya membuktikan bahawa doktor salah,dan telah meniduri 70 wanita selepas insiden itu. Kini Bobbit mahu memadamkan kisah silamnya itu dan telah insaf serta berkerja sebagai tukang kayu dan pemandu limo. Bobbit juga telah menemui wanita baru dalam hidupnya yang merupaan rakan sejak kecil.Bobbit juga sibuk menulis autobiografi mengenai kisah silam hidupnya. Manakala Lorena pula telah mengasaskan lorenasredwagon.com iaitu laman web bagi membantu mangsa keganasan rumahtangga.
Category:
0 comments:
Post a Comment