Ads 468x60px

Tuesday 21 May 2013

PANAS BETUL CERITA PASAL ARTIS INI..


.

Kalau awal-awal sudah macam ini, bayangkan jika Eina benar-benar berkahwin dengan Afiq suatu hari nanti, bagaimana? Entah apa keluarganya akan lakukan kepada anak saya," demikian tegas ibu kepada pelakon muda, Eina Azman yang memberitahu tidak akan menjadikan pelakon Afiq Muiz, 21 sebagai menantunya. Amy Roshaida Abdul Rafel, 41 berkata demikian dalam keinginannya untuk memastikan Eina tidak lagi diheret dalam permasalahan pelakon muda itu bersama keluarganya ketika ini. Menegaskan hubungan antara Afiq dan Eina tidak mendapat restunya ke jenjang pelamin, Amy senang untuk mengatakan ‘tidak akan’ berbesan dengan keluarga lelaki itu. “Melihat apa yang terjadi, saya yakin tidak mahu Eina mengahwini Afiq. Bukan apa, lihat sahaja apa yang berlaku ketika ini, saya bimbang sangat untuk melepaskan Eina kepada keluarga Afiq," katanya berterus terang. Kisah dua pelakon muda ini mendapat perhatian media minggu lalu apabila ibu kepada Afiq Muiz, Haslima Mohd, 48, muncul di media dan mendedahkan mengenai sikap ‘durhaka’ anaknya. Selain itu, Afiq juga dikatakan sanggup berhabis untuk teman wanita sendiri gara-gara bertemu cinta dengan Eina Azman. Dalam nada sebak dan terkilan, wanita itu turut mendakwa, anaknya telah terkena ilmu hitam dan sanggup meninggalkan keluarga sendiri gara-gara pengaruh cinta. Tersenyum sinis menjawab dakwaan anaknya cuba mengikis duit Afiq, bagi Amy tuduhan tersebut langsung tidak berasas. Bukan mahu merendah-rendahkan Afiq, soal yang mengatakan anaknya menggunakan ilmu hitam merupakan sesuatu yang berat memandangkan ia bukan sahaja ditujukan kepada anaknya tetapi dirinya juga terpalit. Sudah pasti orang akan mempersoalkan bagaimana dia membesarkan anak daranya itu. “Mustahil anak saya mahu mengikis Afiq. Apa yang Afiq ada sehingga ibunya boleh menuduh anak saya kaki kikis? “Kalau diikutkan kawan-kawan anak saya sebelum ini memang dari golongan berada, tidak pula ada tuduhan begini. Kata-kata itu lahir daripada mereka yang langsung tidak mengenali keluarga kami," katanya. Menegaskan hubungan baik yang terjalin di antara Eina dan Afiq di atas dasar kawan, menurut Amy, sebagai ibu dia mengenali setiap rakan anak-anaknya. “Saya melayan kawan-kawan Eina sama rata. Bukan sahaja Afiq, rakan-rakan Eina yang lain juga mendapat layanan yang sama. “Saya pasti ramai yang melihat keakraban mereka dan membuat spekulasi sebagai sedang bercinta, walhal apa yang berlaku setiap kali kemana-mana kami akan bersama. Malah saya juga sering mengajak Afiq menyertai aktiviti keluarga kami memandangkan dia rakan Eina," katanya. Menguatkan lagi kenyataannya, wanita ini memberitahu dia mengharapkan agar kemelut yang berlaku diselesaikan dengan segera. “Kalau diikutkan, saya turut berkongsi cerita dengan Afiq, selaku ibu dia sering meminta pendapat saya. Jujur saya katakan, kalau boleh saya mahu lihat Afiq kembali diterima ibunya," katanya. Menggunakan kedudukannya sebagai ibu ketika memberi pendapat, bagi Amy mungkin kelakuan ibu Afiq itu ada logiknya. Ini bertitik tolak daripada perasaan takut kehilangan anak menguasai diri seorang ibu sehingga sanggup berbuat apa sahaja. “Saya faham mungkin ibu Afiq takut kehilangan Afiq apabila dia rapat dengan anak saya. Pun, sebagai seorang ibu mungkin dia perlu berfikiran lebih matang di dalam menangani permasalahan ini. Saya sangat kecewakan apabila anak saya juga diheret berada dalam permasalahan ini," katanya





No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...