Ads 468x60px

Wednesday 22 May 2013

KAMPUNGKU

 
Sepertimana yang kita tahu,di Malaysia terdapat 14 buah negeri.Dalam setiap negeri pula terbahagi kepada beberapa daerah.Dalam setiap daerah pula,terdapat banyak kampung-kampung kecil.Kampung-kampung itu pula ada berbagai-bagai nama .Kebanyakkan nama-nama kampung itu diambil sempena peristiwa atau kejadian yang berlaku pada masa itu.Nama kampung-kampung kecil kebanyakkannya pelik dan unik. Di sini saya ingin ceritakan tentang sebuah kampung yang terdapat di negeri Pahang dalam daerah Kuala Lipis.Nama kampung itu ialah Kampung Lubuk Kulit.Tetapi nama asalnya ialah Kampung Telang.Nama itu di ambil sempena nama sungai yang terdapat di dalam kampung tersebut iaitu Sungai Telang.Tetapi selepas satu peristiwa yang tidak diduga tiba-tiba berlaku di kampung itu.Maka kampung itu telah di tukar nama dari kampung Telang menjadi kampung Lubuk Kulit sehingga sekarang. Ha.....tentu semua orang ingin tahu bagaimana nama kampung itu di ambil kan?Mengikut cerita orang dahulu-kala,ada satu peristiwa telah berlaku di kampung itu. Mengikut cerita yang aku dengar,kebanyakkan penduduk di kawasan itu menanam padi.Menanam padi adalah pekerjaan utama bagi penduduk di.Selain itu ada juga yang melakukan kerja sambilan seperti mencari rotan di hutan,mencari damar serta ada juga yang berkebun serta bercucuk-tanam.Hidup mereka cukup aman serta damai.Tampa ada sengketa antara satu sama yang lain.Pada ketika itu setiap apa pekerjaan yang dilakukan pasti menjadi.Hasilnya pasti melimpah-ruah tidak terhabis makan.Semuanya tidak perlu dibeli seperti sekarang ini.Semuanya di hasilkan sendiri.Itu termasuklah bahan binaan.Semuanya dihasilkan sendiri.Ha....kreatif kan..orang dahulu.Anda bagaimana???? Seperti yang saya bagitahu tadi,orang dahulu kreatif hinggakan rumah mereka buat sendiri.Tidak perlu ke bandar untuk mencari bahan.Semuanya diambil dari hutan.Dari menebang balak hingga menjadi sebuah rumah semuanya di buat sendiri.Jikalau tidak mampu pun mereka pasti bergotong-royang membinanya.Mungkin juga pada zaman dahulu mereka susah untuk ke bandar.Almaklum sajalah kenderaan tiada.Jalan darat memang tiada ,yang ada hutan belukar sahaja.Jalan perhubungan utama orang dahulu hanyalah jalan air sahaja.Kenderaan mereka pula ialah perahu dan rakit sahaja.Manakala kenderaan seperti kereta atau pun motosikal,belum ada lagi pada ketika itu.Untuk ke bandar yang paling hampir pun memakan masa berhari-hari lamanya.Itulah sebab utama kenapa mereka lebih suka melakukan atau membuatnya sendiri. Pada masa itu,setiap bianaan dindingnya di perbuat daripada kulit kayu.Setelah pokok balak ditebang,mereka mengetuk batang balak itu sehingga kulitnya tertanggal.selepas itu,kulit kayu itu di kopek seterusnya di jemur sehingga kering.Tetapi ,jemur kulit kayu bukan seperti menjemur kain.Ada petua serta caranya.Mereka menghimpit kulit kayu yang ingin di jemur dengan benda berat.Tahu tak apa sebabnya?Ha...supaya kulit kayu tidak bergulung setelah kulit kayu itu kering.Tetapi sebelum itu mereka memotong kulit kayu mengikut ukuran yang di ingini.Setelah kering,kulit itu di buat dinding.Orang kata dinding yang di perbuat dari kulit kayu tahan lasak.Kalau kena tembak dengan peluru tidak tembus.Orang katalah...Aku pun tidak tahu betul atau tidak.Sebabnya,aku tida pernah cuba menembaknya lagi. Berbalik pada cerita yang awal tadi.Seperti yang aku bagitahu,pekerjaan mereka menanam padi.Padi mereka cukup menjadi.Dalam setahun mereka hanya menanamnya sekali sahaja.Tetapi hasilnya boleh tahan hingga setahun.Ingin tahu di mana mereka simpan hasil tuaian padi mereka?Ha...tadi aku ada bagitahu mereka membuat binaan daripada kulit kayu kan.Mereka juga membuat tempat simpan padi menggunakan kulit kayu.Mereka membuat tempat menyimpan padi berbentuk bulat seperti kandang yang di beri nama “KEPOK”.Kepok ini dibuat menggunakan kulit kayu yang telah di keringkan.Mereka mengepik kulit kayu dengan menggunakan buluh lalu di ikat dengan rotan.Dapatkah anda membayangkan bentuknya?Orang dahulu percaya pada roh dan semangat padi.mereka cukup mejaga pantang-larang takut jikalau semangat padi lari ataupan merajuk.Antara pantang-larangnya seperti,tidak boleh membawa perkakas dapur seperti lesong batu, lesong padi,nyiru iaitu alat untuk menampi padi supaya terasing dari padi sambang dengan padi bernas menghampiri tempat penyimpanan padi.Itu pantang-larang yang paling utama yang mesti mereka jaga. Pada suatu hari,mereka mendapat khabar bahawa pengganas komunis iaitu askar jepun hendak menyerang kampung mereka.Ketua di kawasan itu mengarahkan semua penduduk kampung berpindah ke kawasan lain untuk mencari perlindungan serta menyelamatkan diri.Sepertimana yang kita pernah dengar,askar jepun terkenal dengan keganasannya.Semua orang berasa takut.Lebih-lebih lagi perempuan.Mereka akan menangkap sesuka hati serta memperkosanya.Pada masa itu semua anak gadis terpaksa berpura-pura seperti orang tua,jika tidak mereka akan di tangkap lalu di paksa melayan askar jepun.Kerana takut semua gadis kena menjadi tua sebelum usianya. Baru boleh selamat.Dalam keadan cemas serta takutkan askar jepun yang sudah semakin hampir.Apalagi,mereka bergotong-royong memunggah barang-barang serta semua harta benda mereka ke tempat yang lebih selamat.Sudah berhari-hari mereka memunggah barang-barang malah sudah masuk ke minggu.Namun,padi yang mereka punggah masih tidak luak.Tempat simpan padi mereka masih penuh seperti tidak terusik pun.Dalam ketakutan,mereka masih lagi memunggahnya.Bayangkan sudah berhari-hari mereka bergilir memunggah tetapi padi tetap sama.Masih lagi penuh.Dengan badan yang penat serta letih.Amaran askar jepun sudah semakin hampir,apa lagi hati pun terasa panas dan geram kerana kerja masih lagi belum selesai.Akibat terlalu takut,mereka terlupa dengan pantang-larang yang mereka jaga selama ini..Mereka mencampakkan segala peralatan dapur serta alat-alat untuk memproses padi ke dalam KEPOK padi termasuklah lesong batu.Dengan kuasa Allah tiba-tiba.....dan tidak semena-mena,angin serta ribut datang secara tiba-tiba sahaja.Mereka mendengar suara kepok tempat menyimpan padi berkriuk-kriuk bunyinya serta sayu seperti merajuk atau kepanasan.Mereka belum sempat lari jauh lagi ,mereka berpaling ke belakang.Alangkah terkejutnya mereka kerana melihat kepok tempat simpan padi mereka bergolek tampa henti sehingga ke dalam lubuk.Lalu senyap disitu.Barulah mereka sedar,yang mereka telah melukakan hati semangat padi.Maka dari situlah mereka mendapat nama kampung itu.Iaitu kampung LUBOK KULITsempena peristiwa kulit yang masuk ke dalam lubuk .Pada masa dahulu jika berlaku hujan panas,maka kepok iaitu tempat simpan padi itu akan timbul di permukaan air.






No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...