Ads 468x60px

Tuesday, 4 February 2014

Marion Caunter Nafi Sering Guna Jet Peribadi



Sebut saja nama Marion Caunter, pasti ramai wanita di luar sana yang cemburu dengan wanita kelahiran Pulau Pinang ini. Mana tidaknya, personaliti ini bukan sahaja memiliki wajah jelita serta bentuk badan menawan, malah ibu kepada dua puteri comel, Leia Rose, 2, dan Lana Rose, 3 bulan ini turut bertuah apabila bertemu jodoh dengan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Namun, sudah menjadi resam dunia, ada juga segelintir manusia yang dengki dengan kehidupan pengacara E! News Asia ini. Bukan setakat dilimpahi kemewahan dengan berpakaian serta menggunakan barangan berjenama, namun pemilik nama Marion Rose Caunter Abdullah ini juga dikatakan mengembara menggunakan jet peribadi sekaligus membuatkan segelintir pihak panas punggung dengan kehidupan mewah yang diraihnya.

“Mana ada saya selalu naik jet peribadi. Saya hanya naik sekali-sekala sahaja. Secara jujur, saya tidak pernah memikirkan soal kemewahan atau kekayaan. Bagi saya, segala kemewahan yang saya kecapi ini adalah satu bonus. Secara peribadi, saya hanya mahukan anak-anak, suami serta keluarga kami sihat dan bahagia.
Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala yang saya perolehi. Saya akui hidup saya bertuah tapi saya juga lalui kesedihan dalam hidup saya. Saya kehilangan orang yang istimewa dalam hidup saya sejak kecil dan saya membesar tanpa seorang ayah. Bagi saya semua orang ada kehidupan masing-masing dan apa yang penting, kita terima saja apa yang kita peroleh dengan kesyukuran,” tutur Marion lantas berkongsi tentang perkembangan kariernya ketika ini.

“Sejak mendirikan rumahtangga, saya sudah mula memperlahankan kerjaya seni saya kerana fokus saya kini lebih kepada suami dan anak-anak. Namun, jika diberi pilihan antara menjadi ibu atau wanita bekerjaya, saya memilih kedua-duanya di mana saya ingin menjadi seorang ibu yang mencintai kerjayanya.

Walau bagaimanapun, sudah pasti keutamaan saya adalah keluarga. Tidak dinafikan sebelum ini pernah juga terlintas untuk berhenti, namun minat saya dalam bidang ini masih kuat. Mungkin jika saya sudah mula rasa tidak seronok atau merungut dengan apa yang saya lakukan sekarang, mana tahu mungkin saya akan bersara,” ujarnya mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...