Terkini..Bront Palarae nafi sudah berkahwin
Pelakon Bront Palarae menafikan gosip yang mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita yang merupakan kenalan lamannya pada 31 Ogos lalu.
"Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu "Psiko Pencuri Hati". Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya," katanya kepada Gua.
Tambah Bront, ini merupakan kali kedua dia dikatakan telah berkahwin. "Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun.
Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut." Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bront telah selamat bernikah dengan sekali lafaz di Taman Tun Dr Ismail selepas waktu Asar dan hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat.
Category:
0 comments:
Post a Comment