Gara-Gara Ingin Cantik.Suntik Minyak Masak Ke Wajah..
GARA-gara ingin cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulit mukanya apabila doktor enggan melakukan prosedur botok.
Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri. Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil.
Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh. Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan.
Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya. Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya.
Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.
Category:
0 comments:
Post a Comment