Ads 468x60px

Thursday, 29 August 2013

Mesti Baca! Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita

Bahaya tuala wanita sudah sekian lama kita tahu, tapi hari ini, Puteri kongsikan satu artikel yang Puteri baca di SINI untuk peringatan kepada diri Puteri sendiri dan juga kepada semua wanita di luar sana. Cegah sebelum terlambat. Jom sama-sama kita baca =)

 Tuala wanita atau pad bersifat sebagai bahan penyerap yang digunakan oleh wanita apabila datang haid, darah nifas, selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan untuk menyerap darah yang keluar dari faraj.

 Kebanyakan tuala wanita yang biasa diguna pakai adalah tuala pakai-buang dan diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak menjadi gel apabila ia menyerap cecair.

Ramai tidak menyedari bahawa bahan berwarna putih itu mengandungi banyak bahan kimia semasa ianya diproses dan juga penyebab kenapa ada sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada bahagian vulva serta faraj.

2 300x300 Mesti Baca! Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita

 Berikut disenaraikan beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat pemakaian tuala wanita

 1. Alahan kepada bahan kimia yang ada pada tuala wanita boleh terjadi tanpa mengira tempoh pemakaian sama ada jangka masa pendek atau lama. Ia digelar `irritant contact dermatitis’ atau keradangan pada kulit. Simptom utama adalah gatal, rasa panas terbakar dan bengkak pada alat kelamin. Tanda seperti ruam yang kadangkala berair, kulit merah dan melecet dan lelehan faraj berlebihan juga kesan alahan.

 2. Radang pada alat kelamin iaitu sekitar vulva akibat sensitiviti terhadap bahan terkandung pada tuala wanita dipanggil `vulvitis’. Tandanya adalah rasa tidak selesa, panas pada kulit luar dan mungkin kegatalan. Radang boleh terjadi jika pemakai memakai tuala wanita dalam jangka masa lama.

 3. Melecet pada kulit luar alat kelamin akibat geseran antara tuala dan kulit semasa berjalan atau bergerak. Situasi ini mudah berlaku sekiranya anda tergolong dalam kategori kulit kering. Tanda yang timbul ialah rasa sakit atau tidak selesa dan pedih apabila terkena air.

 4. Jangkitan kuman di vulva dan vagina yang serius. Jangkitan virus ini juga boleh menyebabkan kanser rahim!

 P/S : Memakai tuala wanita terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala wanita seterusnya mengakibatkan jangkitan pada vulva dan vagina. Sekiranya berpanjangan, jangkitan kulat mungkin terjadi. Kesimpulannya, kaum wanita diluar sana dinasihatkan supaya menitikberatkan kesihatan dan kebersihan sistem repoduktif masing-masing. Tuala wanita harus ditukar secara kerap terutama jika ianya sudah dipenuhni dengan darah kotor yang keluar. Sekurang-kurangnya tukar setiap tiga atau empat jam sekali.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...