Lelaki disoal polis kerana lukisan hina Islam
Pelukis Anurendera Jegadeva disoal siasat polis hari ini selepas laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan menghina Islam, selepas blog pro Umno mendedahkannya.
Pameran lukisan di pusat membeli belah Publika, di Sri Hartamas didakwa menghina Islam apabila memaparkan satu lukisan pelukis yang dikenali sebagai J. Anu dengan tema "ABC For The Middle – Age Middle Classes".
Menurut laporan blog http://akarimomar.wordpress.com/, artikel bertajuk "Lagi Penghinaan Terhadap Islam – Kini Di Publika Sri Hartamas" penulis berkenaan telah membuat laporan polis terhadap pameran tersebut, yang dijalankan di tingkat G2, di kawasan ruang legar pusat membeli belah berkenaan.
Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dakwa penulis blog berkenaan melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut "I for Idiot".
"Seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat 'Basmallah' terbalik di bawahnya, yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. "Manakala untuk J dan K pula di buat 'J for Jesus' dan 'K for Krisna' – tanpa ada sebarang unsur penghinaan," memetik kenyataan di blog tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul Timbalan Komisioner Zakaria Pagan mengatakan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk menghina agama seseorang. Ketika sambutan Ramadan sebelum ini, umat Islam dikejutkan dengan beberapa insiden penghinaan terhadap Islam, antaranya dua blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar "berbuka puasa dengan bak kut teh" yang menimbulkan kemarahan majoriti umat Islam di negara ini.
Kedua-dua mereka bagaimanapun telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa dan dibicarakan mahkamah. Isu lain termasuklah penggunaan kalimah Allah, yang mana mahkamah telah memutuskan untuk menolak permohonan gereja Katolik mengetepikan permohonan Putrajaya merayu kes berkenaan.
Category:
0 comments:
Post a Comment