Lana Nordin Mengaku Kaki Kelab Malam, Tapi Tidak Minum Arak
Nama Lana Nordin kembali hangat diperkatakan sekitar awal Ramadhan lalu apabila timbulnya dakwaan mengatakan beliau adalah selebriti yang ditangkap ketika tengah bermain mahjung dan juga didapati tidak berpuasa.
Baru-baru ini, Lana telah mengakui dia gemar ke kelab dan menyatakan beliau turut menjaga beberapa batasan sewaktu berada di kelab.
“Saya akui memang saya gemar ke kelab namun saya tidak menyentuh alkohol atau dadah” jelasnya.
Dalam pada itu, dia turut mengakui status selebritinya tidak terjejas meskipun dikaitkan dengan isu penangkapan seorang selebriti wanita yang menyerupai dirinya.
“Gosip tersebut tidak menjejaskan saya dan saya tidak kisah apa orang mahu kata mengenai saya.
Saya sudah memberi penjelasan berkenaan isu tersebut tidak kira berita itu sahih atau tidak,” ujarnya.
Category:
0 comments:
Post a Comment