Ads 468x60px

Tuesday, 27 August 2013

Kerana cemburukan isteri, anggota tentera pakar bom dituduh membunuh


Mohd Yusrizal Mat Zain bom kereta

TUMPAT 27 Ogos – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang ditahan sebelum ini berhubung kes letupan bom yang meragut nyawa seorang kerani sekolah pada 11 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh lapor Utusan Malaysia. [Baca sini motif pembunuhan BOM]


Che Rosli Che Daud, 29, dituduh membunuh Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, antara pukul 10 pagi sehingga 11 pagi, 11 Ogos lalu di hadapan sebuah rumah di Lot 127, Blok N, Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat di sini.

 Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika dihadapkan di depan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 1 Oktober ini.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...