Ads 468x60px

Sunday, 11 August 2013

Fuh Gila! Ibu Rogol Anak Lelaki Sendiri?!


Fuh Gila! Ibu Rogol Anak Lelaki Sendiri
DETROIT – Seorang ibu muda, Aimee Louise Sword (gambar) mengaku tidak bersalah selepas didakwa menjejaki, menggoda dan merogol anak lelakinya yang diserah untuk dijadikan anak angkat sedekad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

 Sword, 35, yang berasal dari sini, Amerika Syarikat (AS) akan berdepan tiga dakwaan jenayah seks pada minggu ini kerana merogol anak kandung sendiri.

 Pihak pendakwa raya berkata, budak lelaki itu masih berada di bawah umur tetapi enggan mendedahkan sama ada mangsa mengetahui wanita tersebut ialah ibunya.

 Jenayah itu mengejutkan pakar-pakar sakit jiwa yang menggelarkan kes tersebut sebagai ‘keji’.

 Mereka turut bimbang mangsa akan diserang trauma akibat insiden yang berlaku terhadap dirinya. “Ia satu mimpi ngeri kepada mangsa.

Hubungan seks (dengan ibunya) itu mungkin hubungan seks pertama mangsa tetapi pengalaman itu sesuatu yang terlarang dan akan menghantui mangsa sepanjang hidupnya,” kata seorang pakar psikiatri Hospital Sinai Grace, Dr. Gerald Shiener.

 Sementara itu, peguam Sword, Kenneth Burch berkata, anak guamnya menganggap dia tidak bersalah dan tertekan dengan semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...