Ads 468x60px

Thursday, 4 July 2013

Shah Rukh Khan Buka Mulut Pasal Baby Ibu Tumpangnya


Shah Rukh Khan Buka Mulut Pasal Baby Ibu Tumpangnya

MUMBAI, 4 JULAI 2013: Bintang Bollywood, Dato` Shah Rukh Khan yang baru saja dikurniakan anak ketiga menerusi proses ibu tumpang berpendapat bahawa isu yang melibatkan bayi lelaki itu sebagai isu yang sangat peribadi dan sangat privasi buat dirinya. "ia adalah satu isu sangat personal dan confidential. Saya berharap pihak berkuasa akan dapat teruskan siasatan terhadap bayi saya itu," katanya secara sinikal sewaktu ditemui di majlis pelancaran muzik untyuk filem terbarunya, Chennai Express. Sebelum ini, jabatan pendaftaran telah mengesahkan bahawa mereka ada menerima laporan sijil kelahiran bayi lelaki daripada Shah Rukh and Gauri Khan. Menerusi laporan itu, bayi lelaki itu dilaporkan telah dilahirkan pada 27 Mei di Hospital Masraai yang dikhususkan untuk wanita di Adheri. Sebelum ini, Shah Rukh dan Gauri telah dikurniakan 2 anak iaitu Arya (lelaki) dan Suhana (perempuan. "Sudahlah. Sudah... Tolong tanya pasal produk baru saya dan bukannya anak saya," katanya kepada wartawan yang sibuk bertanya dengan kehadiran anggota baru dalam keluarganya itu. Ditanya lagi mengenai perasaannya menjadi seorang bapa untuk kali yang ketiga, King Khan yang telah pun berusia 47 tahun itu berkata: "Tanyakan pada wartawan kesihatan anda". Sebelum ini, satu aduan menerusi laporan media telah pun dilakukan terhadap Shah Rukh Khan dan Gauri apabila pasangan ini didakwa telah melakukan ujian jantina ke atas anak tersebut sebelum ianya dilahirkan. Menerusi aduan berkenaan, satu kumpulan yang mewakili BMC telah dihantar untuk melakukan siasatan ke atas pasangan ini di kediaman mereka pada bulan lalu, namun kehadiran mereka tidak dilayan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...