Ads 468x60px

Tuesday, 2 July 2013

Jennifer Lopez bakal tamat zaman jandanya


Jennifer Lopez bakal tamat zaman jandanya

2 Jul- Penyanyi pop jelita, Jennifer Lopez, 43, dilaporkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya bersama kekasihnya, Casper Smart, 26, yang merupakan penari latar dalam masa terdekat. Dipetik dari Daily Mail, Jennifer yang menjalinkan hubungan selama 18 bulan bersama Casper tidak akan membuat sebarang perjanjian pra-perkahwinan kerana dia percaya Casper adalah cinta dalam hidupnya. Menurut seorang kenalan rapat pasangan tersebut, percintaan mereka adalah benar dan Casper bukannya sekadar peneman Jennifer yang sunyi selepas bercerai dengan bekas suaminya Marc Anthony. Bagi membuktikan cinta kepada Casper, Jennifer tidak meletakkan sebarang perjanjian kontrak perkahwinan. Malah, Jennifer merancang mahu memiliki anak bersama Casper selepas berkahwin nanti. Aktres ini pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Chris Judd dan Marc Anthony sebelum bercerai. Hasil perkahwinan dengan bintang latin Marc itu, Jennifer mendapat dua cahaya mata kembar iaitu Max dan Emme yang kini berusia empat tahun. Menurut sumber lain, Jennifer mengatakan Casper adalah lelaki yang dicarinya selama ini. Dia mungkin muda namun dialah lelaki paling ideal yang pernah Jennifer temui. Jennifer mahu menjadi isterinya. Di samping itu, Jennifer juga mengatakan Casper pandai melayan anaknya bermain berbanding dengan ayah kandung mereka sendiri.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...