Ads 468x60px

Friday, 26 July 2013

Betul Ke Ni ? Mawi nafi kelentong stokis



TUJUH bulan beroperasi, produk kecantikan milik pasangan penyanyi popular, Mawi dan Ekin bertemu titik kontroversi apabila didakwa telah menipu wakil pengedar di beberapa buah negeri. Penipuan itu membabitkan urusan promosi produk yang tidak dilaksanakan dengan betul.

Lebih tepat lagi pihak ibu pejabat yang berpangkalan di Bangi, Selangor tidak menjalankan promosi yang secukupnya.

 Produk kecantikan UneQuien pada dasarnya dimulakan secara perniagaan dalam talian (online) oleh Mawi dan Ekin sebelum dilancarkan secara rasmi baru-baru ini. UneQuien merupakan produk pemakanan kesihatan dan penjagaan kulit yang kini telah mempunyai lebih 40 stokis di seluruh negara.

 Mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan Mawi menipu beberapa buah stokis sehingga menyebabkan kerugian,penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saleha itu ketika majlis berbuka puasa Jootawan di Kelab Golf Bangi, Selangor baru-baru ini. Ikuti temu bual tersebut.

Mawi didakwa telah menipu beberapa buah stokis sehingga menyebabkan kerugian. Apakah penjelasan anda?

 MAWI: Sejak daripada awal penubuhan UneQuien lagi promosi sudah giat dijalankan sama ada menerusi akhbar, majalah dan televisyen. Sekarang pun pihak kami masih meneruskan iklan di stesen radio IKIM fm.

Jadi tidak timbul isu perniagaan yang saya usahakan ini teruk dan berdepan pelbagai isu termasuk penipuan daripada segi promosi. Adakah anda mempunyai masalah dengan stokis atau wakil pengedar dari negeri-negeri lain selain Selangor?

 UneQuien sudah mempunyai 40 buah stokis dan merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan kami. Mereka yang sudah bersetuju untuk menjadi stokis perlu bekerja keras bukan hanya mengharapkan pihak ibu pejabat semata-mata untuk menjalankan promosi.

Saya tidak pasti stokis yang mahu bernaung di bawah syarikat kami sebab ingin menggunakan nama saya atau sebab-sebab lain. Jadi, stokis juga perlu membuat promosi dan mempunyai strategi sendiri untuk menjual produk masing-masing.

 MAWI dan Ekin menafikan mereka menipu dan mempunyai masalah dengan stokis produk mereka, UneQuien. Bagaimanakah anda melihat dakwaan ini menjejaskan perniagaan anda dan isteri? Inilah cabaran yang saya harus lalui dan selama lapan tahun berada dalam industri seni pun lebih banyak dugaan yang sudah saya tempuhi malah lebih teruk daripada sekarang.

Ujian ini membuatkan saya lebih kuat tapi saya perlu memperjelaskan isu ini supaya tidak timbul masalah lain pada masa akan datang.

 Adakah mungkin ada pihak yang mahu menjatuhkan bisnes anda dengan menyebarkan khabar angin sebegini?

 Tiada perkara atau kejayaan boleh dilalui dengan mudah. Mahu atau tidak, kita perlu lalui liku-liku yang sukar untuk diduga. Ini adalah lumrah dan menjadi kebiasaan dalam bidang perniagaan, itulah manusia.

 Jadi, bagi saya selagi saya membuat kerja saya di tempat yang benar dan telus, tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.

 Selepas ini mungkin UneQuien akan muncul dengan produk terbaharu pula? Kami akan melancarkan produk terbaharu kopi khas untuk golongan lelaki selepas hari raya Aidilfitri.

 Kini, produk UneQuien pun sudah bertambah dan terbaharu adalah teh tarik Malaika yang menggunakan ramuan menyihatkan antaranya stevia, madu dan habatus sauda.

Selain itu, sempena bulan Ramadan, kami melancarkan tujuh perisa air berkarbonat keluaran sendiri. Beralih pada jadual aktiviti anda sepanjang bulan puasa, apakah projek terkini anda?

 Saya baru selesai penggambaran program realiti Dari Pondok ke Bosnia untuk tayangan di Astro Ceria pada 27 dan 28 Julai serta 3 dan 4 Ogos.

Saya membawa tiga orang anak-anak tahfiz dari Pulau Pinang melawat beberapa tempat menarik di Bosnia dan masyarakat Islam di sana.

Selain itu saya terbabit mengacarakan Kapsul Ramadan sebanyak 30 episod untuk Astro Ceria dan terkini baru selesai penggambaran muzik video Namamu Asma’mu yang menampilkan Jeff A to Z.

  

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...