Benarkah ,Shah Jaszle dan tunang rancang kahwin lari?,
Kontroversi melibatkan Shah Jaszle nampaknya terus menjadi bualan ramai. Walaupun pertunangannya bersama Redzwani Puteri telah diputuskan oleh pihak keluarga perempuan pada 10 Jun lalu, pasangan ini dikatakan tetap baik dan ingin meneruskan perhubungan tersebut. Dipetik daripada laporan Berita Harian semalam, pelakon drama "Asmara" ini menjelaskan dia masih mencintai pelajar jurusan perubatan itu dan bertekad untuk kahwin lari jika usaha untuk meredakan kemarahan keluarga Puteri tidak berhasil. "Apa masalahnya sekalipun jika kami kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi. Shah turut memberitahu, selepas kejadian khalwat tersebut, Puteri sering bersamanya dan menemani di lokasi penggambaran jika tiada kelas.
Category:
0 comments:
Post a Comment