
memiliki permukaan lebih dalam dari bahagian tepi. Pada musim kering air di tasik akan surut, akar-akar tanaman di Phumdi mencecah dasar tasik untuk menyerap nutrisi. Pada musim hujan pula,air akan melimpah, akar itu terputus sehingga Phumdi pun kembali mengapung. Walaupun bersifat nomaden, bukan bererti Phumdi tidak dihuni oleh manusia. Namanya Khangpoks, Phumdi terbesar di tasik Loktak yang dihuni oleh sekitar 4.000 orang. Ada pondok-pondok kecil yang membuatnya mirip seperti penempatan di Tasik Titicaca, Peru. Seperti dilansir dari situs CN Traveler, Phumdi di tasik Loktak adalah satu-satunya Taman Nasional terapung di dunia. Keujudan tasik Phumdi juga menguntungkan pada kehidupan konservasi spesies rusa langka (warga lokal menyebutnya Sangai) yang hanya hidup di sekitar tasik tersebut. Sayangnya,pada ketika ini Phumdi sudah hampir musnah. Projek hidroelektrik di tasik Loktak menaikkan permukaan air tasik. Akar-akar tanaman pun tidak boleh mencapai dasar tasik lagi. Bahagian pinggir Phumdi pun semakin menipis setiap tahun. Oleh kerana itu,pelacong yang berkunjung ke tasik Loktak harus menjaga persekitaran dan ekosistem di tempat tersebut.


No comments:
Post a Comment