PANAS! ISTERI VIP UGUT HANTAR SAMSENG PUKUL RIZITA CHE WAN.
Sebelum sah mengumumkan hubungan cinta bersama pelakon Zain Saidin, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sering saja dikaitkan dengan ramai lelaki. Namun, Che Ta yang bakal mengakhiri zaman solonya penghujung tahun ini bersama adik kepada Shasha Saidin ini menegaskan bahawa jangan lagi kaitkan dirinya dengan lelaki lain lagi. “Sekarang semua orang dah tahu hubungan saya dengan Zain. Kalau saya dikaitkan lagi dengan mana-mana lelaki, saya akan hentam orang yang cari pasal dengan saya,” ujarnya. Dalam pada itu, Che Ta memberitahu, dia tidak mahu menjadi artis yang mendapat publisiti tanpa memiliki apa-apa produk. “Kalau tiada produk tapi banyak sangat publisiti nanti orang kata kita ni artis majalah pula. Saya tidak suka begitu. Kalau boleh, biar kita bergerak seiring. “Ada produk ada publisiti. Saya tidak suka diberikan publisiti dengan benda yang tidak sihat. Saya menjadi seperti hari ini pun disebabkan saya naik dengan ada produk serta publisiti yang bersesuaian. “Jika benar saya sering diberikan publisiti atas dasar orang itu sayang kepada saya, takkanlah sampai nak berikan cerita yang menyebabkan saya diugut bunuh,” jelasnya. Apa yang pasti, luahan peribadi Che Ta ini bersandarkan peristiwa yang pernah diugut isteri kepada VIP yang mahu menghantar orang memukul dirinya itu.
Category:
wow ! panas! panas!
ReplyDelete