Ads 468x60px

Monday, 17 June 2013

MISTERI LUKISAN BERGARIS DI GURUN NAZCA,PERU


nazca-lines-hummingbird

Tiada siapa menyangka ada satu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru. Pada tahun 1920 sebuah pesawat komersial telah melintasi gurun berkenaan, juruterbang dan penumpang tergamam dan berasa hairan melihat pelbagai objek garisan lukisan aneh tertera di permukaan gurun itu. Pelbagai lukisan bersaiz besar dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun. Lukisan tersebut mencapai ratusan meter panjang dan tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara.

 Teori Mengenai Lukisan Nazca          Ahli arkeologi mengkaji lukisan Nazca

 Pelbagai persoalan mula timbul tentang misteri lukisan tersebut. Seorang doktor tempatan Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara ahli sains pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927 dan selepas itu ramai penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca. Kajian mendapati lebih kurang 300 lukisan yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer dan terdapat di antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru. Antara objek yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh.
Lukisan Monyet Bergaris Di Gurun Nazca
 Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang menghasilkan lukisan tersebut. Proses membuat lukisan tersebut adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek. Pelbagai teori diberi oleh penyelidik tentang lukisan tersebut antaranya adalah lukisan itu dibina oleh makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba. Selain itu ada juga pendapat mengatakan ia dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah ‘dewa’. Oleh itu terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain mengatakan ‘dewa’ yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya adalah makhluk asing. Lukisan itu juga dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan ‘kuasa’ tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena ‘fata morgana’. Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang Orion dan Ursa Mayor. Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu. Sehingga kini asal-usul tentang lukisan tersebut masih kekal menjadi misteri.

Lukisan Semut Di Gurun Nazca

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...