Ads 468x60px

Thursday, 13 June 2013

JOM MELANCONG KE NEGARA SAYA


    

ANTARA TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

 Pasar Siti Khadijah    

Cara bijak untuk meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah dengan melawat pasar tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap bandar. Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama yang sesuai untuk sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya kebanyakannya terdiri dari kaum wanita. Terdapat sesuatu untuk semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil tanaman segar hingga kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga menggambarkan budaya dan cara hidup di Kelantan yang penuh dengan warna, bau dan bunyi yang unik milik penduduk di situ.

 INFO TEMPAT-TEMPAT PERLANCONGAN

 1) LEMBAH BUJANG  

 Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah. Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah di tapak arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula semua artifak sejarah ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang.

 2) PANTAI MERDEKA   

 Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai percutian yang terletak di tanah besar Negeri Kedah. Ia terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. Ia terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan. Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu. Selain daripada itu, terdapat satu lagi daya tarikan bagi para pelancong berhampiran dengan pantai tersebut iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Pantai Merdeka dijadikan destinasi pelancongan dan sering dikunjungi sebagai tempat perkelahan oleh para pengunjung sama da di dalam atau diluar negara kerana keadaan persekitaran yang sangan sesuai dan memberi ketenangan

 3) BUKIT BENDERA       

 Meninggi lapan ratus dan tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) menyumbangkan tempat nyaman yang membolehkan pelancong-pelancong mengasingkan diri daripada panas melekit di bawahnya. Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada garisan laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya. Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin telah membekalkan strawberi keadaan bertumbuh yang baik. Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang. Meninggi lapan ratus dan tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) menyumbangkan tempat nyaman yang membolehkan pelancong-pelancong mengasingkan diri daripada panas melekit di bawahnya. Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada garisan laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya. Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin telah membekalkan strawberi keadaan bertumbuh yang baik. Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

 4) BATU FERINGGI     

Batu Ferringhi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock) adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel besar, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Georgetown. Batu Feringgi terletak disepanjang jalan persisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang. Pelawat boleh berjemur mentari atau berehat di pantai sambil menikmati pelbagai aktiviti laut seperti lucur angin dan berkayak. Bagi mereka yang gemar sukan lasak, mereka boleh mencuba luncur payung terjun (parasailing ) bagi menikmati pemandangan pantai dari udara. Ketika matahari terbenam, Batu Feringgi suasana bertambah meriah dengan suasana seperti pesta dengan baazar terbuka yang menjual pelbagai hiasan menarik dan cendera hati untuk di bawa. Terdapat juga artis tempatan mempamerkan kesenian membuat dan mengecop batik. Dikenali sebagai Jalan Feringgi, bazaar ini menawarkan pelbagai barangan untuk dibawa balik.

5) HUTAN LIPUR CHEROK TO’KUN 



 Hutan Lipur Cherok To'Kun mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya dan Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim. Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini termasuklah:- Perkelahan Kawasan berkelah yang selesa dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah disediakan untuk kemudahan pengunjung. Perkhemahan Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bilik air serta bekalan air dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai popular ini. Merentas Denai Hutan Para pengunjung yang gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan. Ini juga membolehkan para pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan asli di sini sambil merehatkan minda. Kolam Mandi Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini, mengalu-alukan kedatangan para pengunjung yang meminati kegiatan sukan air. 6) HUTAN LIPUR LATA BAYU Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung. Keadaan rupabumi adalah berbukit bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter aras paras laut. Hutan Lipur Lata Bayu menyediakan beberapa kemudahan asas untuk pengunjung melakukan aktiviti di sini. Kemudahan yang disediakan seperti untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Disamping itu beberapa gerai makanan dan cenderamata disediakan di hutan lipur ini. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. Selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung yang datang. Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan jenis ini boleh ditemui dan tumbuhan utama di kawasan ini ialah Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap keledang dan Bintangor. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Baling.

 7) HUTAN LIPUR PERANGIN SIK   

 Hutan Lipur Perangin Sik berada dalam Hutan Simpan Bukit Enggang yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan utama yang terdapat disini ialah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga. Hutan lipur ini sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Rimba Takwa dan ianya merupakan hutan lipur yang terawal di tubuhkan di Negeri Kedah. Hutan Lipur ini menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan seramai 1,000 peserta. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat, padang permainan kanak-kanak, surau, dan dewan disediakan untuk pengunjung. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Sik.

 HUTAN LIPUR TUPAH          

 Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat di sini adalah seperti Meranti tembaga, Meranti sarang punai dan Keruing. Terdapat juga lain-lain tumbuhan seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar dalam aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai. Berbagai aktivit yang boleh dijalankan seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, jogging, bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.

 9) HUTAN LIPUR LATA MENGKUANG


     

 Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarpa Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Sebatang sungai yang dinamakan Sungai Chepir yang merentasi hutan lipur ini mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda. Berhampiran kawasan ini, terdapat air terjun setinggi 20 meter yang sangat menarik serta terdapat juga batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar. Terdapat denai hutan yang menghubungkan ke Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Sik 

10) HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU    

 Terletak dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah mempunyai ketinggian 150 - 200 meter aras paras laut. Hutan lipur ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang mempersonakan yang dapat menambat hati pengunjung. Terdapat denai hutan menuju ke Gunung Inas, ke Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak dan ke Bukit Hijau. Bebeberapa kemudahan asas yang disediakan adalah untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Selain daripada itu kemudahan seperti chalet, gerai makanan serta surau juga disediakan. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan “arboretum”, selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung. Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari jenis hutan disini. Tumbuhan utama yang terdapat disini adalah Meranti seraya, Meranti tembaga serta Meranti melantai. Di antara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah gajah, tapir, rusa kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesies burung dan unggas. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Ketil atau dari Bandar Kulim.

 11) HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM    

 Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak. Di sini juga tempat berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa. Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang. Antara tumbuhan utama di kawasan ini ialah Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking serta bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di sini. Hutan Lipur ini juga sesuai untuk beristirahat dan menikmati keindahan flora. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kulim atau Pekan Karangan ataupun Pekan Kuala Ketil.

 12) HUTAN LIPUR TELUK BAHANG


   

 Terletak di Hutan Simpan Telok Bahang. Ia juga dikenali sebagai Rimba Rekreasi Telok Bahang. Hutan Lipur ini merupakan sebahagian dari hutan simpan dara yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Pengunjung dapat menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan melalui denai hutan yang disediakan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti beristirahat, berkelah dan mandi-manda. Selain daripada itu beberapa kemudahan seperti padang permainan, tapak perkhemahan dan pondok rehat disediakan. Di samping itu terdapat sebuah kolam yang mengandungi beberapa koleksi ikan air tawar terdapat dihutan lipur ini. Satu Muzium Perhutanan di buka untuk pengunjung untuk mengetahui perkembangan dan kegunaan hutan untuk kehidupan manusia. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Teluk Bahang.




No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...