Ads 468x60px

Friday 6 December 2013

PELAJAR PEREMPUAN CAMPAK KANAK-KANAK 18 BULAN DARI TINGKAT 25



BEIJING, 5 Dis -- Satu rakaman memaparkan seorang pelajar
perempuan menyerang seorang kanak-kanak lelaki di dalam lif dan mencampakkannya
ke bawah dari beranda di tingkat 25 memeranjatkan seluruh negara.
Rakaman video pengawasan itu yang menunjukkan pelajar perempuan terbabit
memukul dengan kejam kanak-kanak berkenaan selepas menghempas dan menendangnya
beberapa kali di dalam lif tersebar luas dalam laman sosial mirip Twitter China,
Sina Weibo, mencetuskan perdebatan hangat melibatkan lebih 310,000 perbincangan
dalam mikroblog.
Portal berita dalam talian BjNews melaporkan insiden itu berlaku pada 25 Nov
di bandaraya Chongqing, barat daya China, apabila nenek kanak-kanak lelaki
berusia 18 bulan itu yang digelar 'Yuanyuan' keluar dari lif dengan membawa
basikal cucunya, pintu lif tertutup dan meninggalkan Yuanyuan bersama pelajar
perempuan berumur 10 tahun itu.
Rakaman itu menunjukkan selepas menyerang anak kecil itu dengan kejam, lif
tiba di tingkat 25, pelajar perempuan mengangkat Yuanyuan dan mencampakkannya
keluar.
Setelah mendapati lif berhenti di tingkat 25, si nenek yang amat bimbang
berkata dia segera bergegas ke tingkat berkenaan dan berjumpa pelajar perempuan
itu.
Bagaimanapun, pelajar itu berkata dia tidak nampak kanak-kanak itu dan
mendakwa seseorang telah membawanya pergi, tetapi tidak ingat sama ada wanita
atau lelaki yang membawanya, kata nenek dan menambah pelajar itu malah
menawarkan diri untuk mencari cucunya.
"Dalam masa lima minit, Yuanyuan terbaring berlumuran darah di atas tanah di
luar bangunan," kata nenek itu.
Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami pendarahan paru-paru dan retak
tempurung kepala. Keadaannya stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian dalam
unit rawatan rapi di sebuah hospital.
Polis berkata kes itu masih disiasat.
Sungguhpun menerima 58,000 yuan (US$9,464) daripada keluarga pelajar
perempuan itu, ibu mangsa berkata pada Rabu dia akan memfailkan saman terhadap
keluarga pelajar berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...