Ads 468x60px

Monday, 14 October 2013

Yuna dikecam peminat di Facebook?



STATUS sebagai seorang artis sememangnya berat. Tanggungjawab yang dipikul seorang insan bergelar selebriti tidak boleh dianggap mudah -- hampir segala perbuatan, percakapan mahu pun pergerakan mereka menjadi topik perbualan peminat.

Terbaru, penyanyi Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai telah mendapat kritikan hebat dari peminatnya selepas dia memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang penyanyi rap kelahiran Trinidad, Theophilius London di laman Facebook peribadinya Khamis lalu.

Imej berkenaan menunjukkan London memeluk bahu penyanyi berkenaan di satu majlis, namun tidak dinyatakan di mana ia diadakan.

Imej berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat penyanyi berusia 26 tahun itu. Kebanyakkan dari komen yang diberikan seolah-olah tidak berpuas hati kerana Yuna telah dipeluk London yang “bukan muhrimnya.” 

Komen Nur Hazlinda Burhan berbunyi, “hilang respect pd Yuna sbgai wanita islm yg bertudung…”

“Hanya skadar teguran dr hamba yg lemah... Kak yuna..sy respect akak..sbb akak bayk sumbang name malaysia d mate dunia. Tp sy harap akak jugak bole bangge kan name islam walaupun dimana kita berada. Bak kata pepatah"bagai benih dicampak ke laut menjadi pulau"

Jgn kite tuding orang yg melakukan perkara yg salah ye leja tapi tuding orang yg melakukan kebaikan... Teguran untuk anda semua juga untuk diri yg
 daif ini. Wallahu 'alam,” kata Afzal Sainul Affath. 

Komen Biebie Arereypha berbunyi: “Opps ... Yuna kenapa benarkan dipeluk oleh lelaki itu?ermm..jatuh maruah org islam yg btudung..



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...