Ads 468x60px

Sunday, 6 October 2013

Ning Baizura lancar wangian jenamanya



Penyanyi jelita bersuara soprano Ning Baizura baru melancarkan wangian jenamanya "NING" di pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion baru-baru ini.

 Menurut penyanyi berusia 38 tahun ini, beliau dan suaminya Omar Sharif sudah lama merancang untuk memiliki harumannya yang sendiri, malah beliau turut menganggap produknya ini adalah hadiah serta 'signature' untuk peminat-peminatnya.

 "Ini salah satu impian saya. Allhamdulillah tercapai juga. Idea projek ni sejak dua tahun lepas. Saya, suami saya dan pasukan saya memang berusaha keras untuk merealisasikan projek ni. Tambahan modalnya pun besar, mencecah ratusan ribu ringgit ," Katanya kepada Malaysia Digest.

 Harumanya itu boleh dimiliki pada harga yang berpatutan iaitu RM159 yang didapati dengan pelbagai wangian seperti bau bunga Afrika, jingga, limau mandarin, bunga honeysuckle dan Jasmine.



 Wangian ini boleh didapati di pusat membeli-belah Parkson di Kuala Lumpur, Melaka, Kota Bharu dan Sungai Petani serta boleh dibeli dari kedai bebas cukai seperti di Flying Emporium, Dimensi LCCT, C&F Langkawi dan Emporium LCCT.

 Majlis itu juga turut dihadiri menteri Pelancongan dan Kebudayan, Dato Seri Mohamed Nazri Aziz yang merasmikan pelancaran wangian penyanyi itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...