Ads 468x60px

Friday 18 October 2013

Michael Bay diserang ketika di Hong Kong


Michael Bay diserang ketika di Hong Kong

Pengarah filem antarabangsa terkenal Michael Bay dan kru produksinya mengalami detik mencemaskan apabila diserang oleh sekumpulan penjaja warung semasa penggambaran filem "Transformer 4: The Age of Extinction" di Hong Kong baru-baru ini.
Jelas pengarah berusia 48 tahun itu, kumpulan penjaja warung berkenaan cuba memeras ugutnya dengan meminta wang tambahan tetapi apabila beliau enggan berbuat demikian, kumpulan terbabit mula bertindak ganas.
"Setiap tempat yang kami lakukan penggambaran akan mendapat bayaran di atas ketidakselesaan dari pihak kami, tetapi mereka mahu meminta bayaran 4 kali ganda dari jumlah sebenar," ujar Bay.
"Selepas setengah jam, mereka telah menyerang kami dengan cuba menampar dan memukul saya dan kru produksi, tetapi nasib baik anggota keselamatan menyedari dan berjaya mengawal keadaan dan suasana ketika itu seolah-olah seperti dalam filem "World War Z".
Menurut sumber yang dipetik daripada China Post, lelaki yang menyerang pengarah itu disyaki kumpulan kongsi gelap Hong Kong dan juga dilaporkan Bay dan kru produksi telah mengalami kecederaan.
Dalam perkembangan lain filem terbaru Bay ini dibintangi pelakon hebat seperti Mark Wahlberg dan Nicola Peltz yang dijangka akan ditayangkan pada Jun tahun depan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...