Ads 468x60px

Friday, 11 October 2013

Fauzi Nawawi kesal dengan gosip curang



Fauzi Nawawi kesal dengan gosip curang
Pelakon popular Fauzi Nawawi kesal dengan kontroversi yang timbul kononnya dia berlaku curang dengan isterinya, Lisdawati dengan seorang pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 iaitu Noni.
"Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.
"Rasa macam tak logic saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama "Aiman Tempe", "Jentera Jenteng Pilihan Raya" dan "Kiambang" sahaja dengannya.
"Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya.
Pada masa sama, Fauzi turut memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kontroversi tersebut boleh menjejaskan karier dan perniagaannya.
"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti.
"Mungkin isteri saya sudah faham dengan situasi seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk."
Sementara itu, Fauzi berharap selepas ini tiada lagi gosip dirinya berskandal dengan wanita lain diberitakan.
"Anak-anak saya pun sudah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan."



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...