Apa Kes Ni? Fida Ibrahim bakal disaman jika tidak mohon maaf
Kemelut antara penerbit telefilem "Kampungku dan Aidiladha", Hazmimi Johar dan pelakon Fida Ibrahim nampaknya belum menemui jalan penyelesaian apabila Hazmimi menuntut permohonan maaf daripada pelakon itu jika mahu menyelesaikan masalah yang berlaku.
"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf.
Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan. "Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil dengan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya kepada mStar.
Konflik antara Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis (PERKAP) dan pelakon itu tercetus selepas Fida Ibrahim meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirinya selain kegagalan pihak peroduksi memastikan aspek keselamatan.
Sementara itu, Hazmimi berkata pihak SENIMAN telah bertemu dengannya pada Ahad lalu bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kes itu. "Saya telah berjumpa dengan pihak SENIMAN dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.
"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada SENIMAN sebagai rujukan mengenai sikap Fida."
Category:
0 comments:
Post a Comment