Wentworth Miller pernah cuba bunuh diri

Model dan pelakon Wentworth Miller membuat pengakuan mengejut dengan mendedahkan bahawa dia pernah cuba membunuh diri ketika berusia 15 tahun kerana tidak tahan merahsiakan orientasi seksual dirinya yang sebenar.
"Saya menunggu sehingga keluarga saya pergi bercuti pada hari minggu dan saya bersendirian di rumah, lalu saya menelan satu botol pil. Saya tidak ingat apa yang berlaku beberapa hari selepas itu, tetapi saya pasti saya ke sekolah pada hari Isnin dan buat seperti tiada apa yang berlaku.
"Kalau ada yang bertanya jika itu adalah rayuan meminta tolong, saya akan cakap 'tidak'. Saya tidak perlukannya, saya hanya ingin berterus-terang," ujarnya ketika berucap di Kempen Hak Asasi Seattle baru-baru ini.
Khabar angin tentang orientasi seksual Miller telah lama diperkatakan. Pada 2007, Miller menafikan dia adalah seorang homoseksual, memberitahu majalah InStyle Jerman bahawa dia ingin mempunyai teman wanita dan keluarga satu hari nanti, tetapi masih belum bertemu dengan calon yang sesuai.
Walaubagaimanapun aktor drama bersiri "Prison Break" ini tampil membuat pengakuan bulan lepas selepas menolak jemputan untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa St. Petersburg kerana negara tersebut tidak menerima hubungan sejenis.
Category:
0 comments:
Post a Comment