Rocker Amy Search Sangkal Dakwaan Dia Sudah Muflis
Penyanyi lagenda rock, Amy Search menyangkal dakwaan kononnya dia kini sudah pun disahkan jatuh muflis oleh sebuah blog yang mendedahkan salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.
Amy Search menafikan dakwaan tersebut, meskipun salin surat pengisytiharaan muflis itu turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.
Namun,kita tidak berjaya untuk mendapat penjelasan lanjut daripada penyanyi era 80-an itu kerana beliau segera meletakan telefonnya sebaik menafikannya.
Menurut gosip terdahulu, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.
Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis.
Category:
0 comments:
Post a Comment