Nabila Huda Kemalangan Jalan Raya Bersama Anaknya
Nabila Huda Kemalangan Jalan Raya Bersama Anaknya | KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda dan anaknya dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) petang semalam.
Nabila, 29, dan anaknya Keisha Laila, 3, menaiki kenderaan pacuan empat roda dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan selepas menjayakan satu program anjuran sebuah stesen televisyen swasta dekat Kuantan, Pahang.
Menurut laporan dalam portal hiburan rotikaya, Nabila atau Abil dan Keisha dilaporkan stabil. “Bagaimanapunn dalam salah satu status Twitter bekas suami Nabila Huda itu juga ada mengatakan yang Keisha mengalami patah tangan akibat kemalangan itu namun tiada berita tentang kecederaan yang dialami oleh Nabila Huda,” katanya.
Menurut laporan itu lagi, khabar angin awal yang bertebaran mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan ketika kejadian malang ini berlaku ayahnya menerusi status di Twitter menafikan perkara itu dan berkata Nabila Huda memaklumkan Keisha berada dalam kereta sepanjang kejadian.
Category:
0 comments:
Post a Comment