‘Mengenali Putera Nadher Amarhan Maderner pemuda bertatoo dalam pasukan bolasepak Malaysia
Junior Eldstal @ Putera Nadher Amarhan Maderner dilahirkan pada 16 September 1991 di Visby , Sweden. Mempunyai ketinggian 1.87 meter, kacukan Sweden dan Sabah yang kini bermain untuk pasukan Sarawak. Memiliki ketinggian dan kelajuan yang jarang sekali dilihat pada pemain tempatan.
"Saya amat gembira berada di sini. saya gementar tetapi saya tahu saya akan membiasakan diri dengan set-up, pemain dan kakitangan kejurulatihan. Mereka telah bertolak ansur, "kata Eldstal.
"Saya sedar hanya faktor masa menentukan kepulangan saya ke Malaysia, tempat asal ibu saya dan di mana saya dilahirkan. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan mewakili negara saya adalah satu penghormatan.
"Saya mahu membuktikan terdapat banyak rakyat Malaysia kacukan di luar sana yang boleh bermain bola sepak. Saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia boleh bermain bola sepak dan semakin meningkat, "katanya.
Defensive midfielder berusia 19 tahun itu kembali ke Malaysia pada bulan April lalu selepas menghabiskan beberapa tahun di Hartpury College’s Junior Football Academy di England. Eldstal menyertai kem latihan pasukan kebangsaan selama sebulan.
Malaysia tidak mempunyai sebarang perlawanan kompetitif sebelum kelayakan Piala Asia 2015 pada bulan Oktober ini. Penampilan sulung beliau adalah ketika menggantikan Shakir Ali ketika pasukan negara seri tanpa jaringan dengan pasukan kelab dari Thailand.
Kini Putera Nadher Amarhan Maderner sedang mewakili Malaysia dalam Pesta Bola Merdeka.
Category:
0 comments:
Post a Comment