Kenapa? Yusry kecewa karyanya disamakan dengan karya hina Islam
Pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim kecewa apabila karya terbarunya "Vikingdom: The Blood Eclipse" telah disamakan dengan filem yang menghina Nabi Muhammad "Innocence of Muslims" oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian.
"Jika seseorang yang membaca ulasan tersebut dan tidak memahami situasi sebenar ia boleh mendatangkan masalah lain dan menyebabkan saya dituduh sebagai orang yang menghina agama sendiri dan agama Kristian.
"Tindakan lelaki tersebut menyamakan filem "Vikingdom" dengan video "Innicence of Muslims" adalah satu perbuatan yang sangat-sangat melampau," ujarnya kepada mStar. Yusry, 39, turut memberitahu terdapat juga individu yang mendakwa dirinya sebagai pensyarah sebuah Universiti Loyola di Chicago mempersoal pembikinan filem itu yang didakwa memaparkan dewa Viking sebagai penakluk dan bukannya Thor.
"Ingin saya tegaskan di sini, filem ini hanyalah fantasi dan bukannya diolah daripada sejarah sebenar. Malah mereka (Barat) sendiri tidak tahu sama ada mitos tentang Viking dan Thor ini benar-benar wujud atau pun tidak.
"Belum ada pihak yang mengecam mana-mana penerbit atau pengarah yagn menukar versi asal sesuatu cerita mitos di barat dan saya tidak faham kenapa saya dihentam. Adakah kerana saya beragama Islam isu itu dibangkitkan?"
Dalam pada itu, Yusry berakata dia melihat kontroversi yang dicetuskan itu mampu memberi kebaikan kepada filem tersebut yang bakal ditayangkan di 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat bermula 4 September.
Category:
0 comments:
Post a Comment