Ads 468x60px

Tuesday 3 September 2013

Hot: Neelofa bercuti di LONDON & berkongsi Gambar Peluk dengan George Clooney...!!!

Sesiapa pun yang datang bercuti ke London pastinya akan mengalami perasaan amat keterujaan dan keseronokan tatkala berada di salah satu bandar paling menakjubkan di dunia seangkatan dengan bandar New York, Paris, Berlin dan Venice.

 Mungkin itulah yang dirasai oleh aktres jelita, Neelofa yang baru-baru ini berkesempatan menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu bersama rakan-rakan dan keluarga.

 Menerusi akaun Instagram, Neelofa telah berkongsi banyak gambar menarik sepanjang bercuti di London. Salah satu gambar yang dikongsikannya cukup menarik perhatian admin kerana pelakon itu dilihat sedang memeluk seorang jejaka terkenal, George Timothy Clooney.



 Siapakah George Timothy Clooney? Dia ialah salah seorang pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit filem terhebat di dunia. Selain pernah meraih anugerah Best Supporting Actor dan Best Picture Argo Film, dia juga banyak membintangi filem-filem box-office seperti Ocean's Eleven, Ocean's Twelve, Ocean's Thirteen, dan Argo bersama-sama dengan Brad Pitt dan Ben Affleck.

 Apapun, korang tak perlu jealous dengan aksi Neelofa dalam gambar di atas kerana jejaka yang dipeluknya hanya sebuah patung semata-mata, bukan orangnya yang sebenar. Bijak pula Neelofa berposing dan mengedit gambar supaya kelihatan sedikit kabur hingga ada peminatnya tertipu.












No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...